Home SemasaGlobal Beijing beri amaran pada Taipei

Beijing beri amaran pada Taipei

by Noor Sheila Amin

BEIJING, 17 Sep – Beijing memberi amaran kepada Taipei bahawa padah menanti mereka berhubung dakwaannya terhadap agensi perisikan Taiwan yang dikatakan mempertingkat usaha mencuri maklumat risikan bertujuan terus merisik dan mensabotaj negara itu.

Taiwan harus  menghentikan segera aktiviti berkenaan, kata agensi berita Xinhua yang memetik jurucakap Pejabat Hal Ehwal Taiwan An Fengshan, yang merangka dasar China berhubung pulau berkenaan.

Televisyen rasmi di sini semalam mula menyiarkan permulaan daripada beberapa siri program mendedahkan kes pelajar China di Taiwan menjadi sasaran perisik negara itu yang menawarkan wang kepada mereka selain wanita dan persahabatan.

Dakwaan itu dibuat ketika Beijing memperhebat usaha menggalakkan warga Taiwan menjadi warga negara China dengan memberi kad penganalan baru dan insentif lain.

Sehubungan itu, Taiwan memberi amaran kepada warganya mengenai risiko tinggal di China yang dituduhnya mengamalkan dasar autokratik, menapis internet dan faktor negatif lain.

China dan Taiwan kerap tuduh menuduh pihak lawan melakukan risikan. Sebelum ini juga hubungan antara Beijing dan juga Taipei sudah pun berada dalam keadaan tegang.

Related Articles

Leave a Reply