Home PolitikPakatan Harapan Nurul Izzah tanding Seri Setia, Anwar di Permatang Pauh

Nurul Izzah tanding Seri Setia, Anwar di Permatang Pauh

by Air Times News Network

SHAH ALAM, 12 Ogos – Penyebaran berita dan maklumat palsu dalam PKR boleh menjejaskan reputasi parti itu menjelang PRK Seri Setia.

Memetik sumber terdekat parti itu, The StarOnline melaporkan, terdapat kumpulan tertentu yang mempunyai kepentingan sedang cuba mempengaruhi jawatankuasa pemilihan pusat sebelum penamaan calon.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, katanya, dicadangkan sebagai calon untuk bertanding di Seri Setia.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga dikatakan sedia mengosongkan kerusinya bagi memberi laluan kepada bapanya yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding dalam PRK.

Tindakan itu dibuat bagi membolehkan Anwar menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri seperti dipersetujui empat komponen dalam Pakatan Harapan sebelum PRU14.

“Seseorang telah membocorkan perkara itu dan langkah itu dibuat bagi memudahkan laluan untuk Anwar. Oleh itu, mereka sedang giat melobi Nurul Izzah sebagai calon.

“Ini seperti Langkah Kajang,” kata sumber itu.

“Saya fikir sumber laporan itu adalah individu yang cuba meraih sokongan,” katanya tanpa menyebut nama individu berkenaan.

Langkah Kajang merupakan gerakan politik dalam usaha mengganti Tan Sri Khalid Ibrahim dengan pemimpin lain sebagai Menteri Besar Selangor.

Sementara itu, dalam sebuah portal Anwar menafikan mengetahui khabar yang anaknya, Nurul Izzah  akan menjadi calon PRK Seri Setia bagi membuka laluan kepadanya bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Menurutnya, beliau tidak pernah mendengar perkara itu dan mempersoalkan mengapa Nurul Izzah menukar kerusi Parlimennya kepada kerusi negeri.

Related Articles

Leave a Reply