Home SemasaGlobal Tentera Zionis serbu Aqsa

Tentera Zionis serbu Aqsa

by Noor Sheila Amin

BAITULMAQDIS, 28 Jul – Tentera Israel merempuh masuk ke Masjid Aqsa, lokasi suci ketiga Islam, dan melakukan tangkapan semalam dalam apa yang disifatkan polis sebagai memburu belia yang membaling batu dan mercun ketika pertempuran dengan tentera Zionis di perkarangan masjid berkenaan.

Serbuan itu, di lokasi yang menjadi ikon negara merdeka Palestin dan tumpuan konflik dengan rejim Israel, dibuat ketika pasukan perubatan di Gaza berkata tentera Israel menembak mati seorang lelaki Palestin.

Jurucakap polis berkata, tentera dikerah ke Al-Aqsa selepas suspek yang menyembunyikan diri di dalamnya selepas melancarkan konfrontasi di sekitar masjid berkenaan, menyaksikan lelaki bertopeng membaling mercun.

Tiada sebarang keganasan di dalam masjid, dan jemaah lelaki warga tua dibenarkan keluar selepas diperiksa.

Saksi kemudian berkata kira-kira 20 lelaki muda ditahan polis, dan solat kemudian disambung.

Polis berkata, 24 ditahan, dan empat daripada pegawainya cedera.

Pihak berkuasa Islam berkata, puluhan cedera disebabkan bom tangan pegun polis Israel.

“Serangan berterusan Israel terhadap Baitulmaqdis akan meningkatkan ketegangan dan membawa rantau itu ke dalam perang agama yang sudah lama kami keluarkan amaran mengenainya,” kata pejabat Presiden Mahmoud Abbas dalam kenyataan.

Related Articles

Leave a Reply