Home SemasaGlobal Maut sebelum pilihanraya

Maut sebelum pilihanraya

by Noor Sheila Amin

PESHAWAR – PAKISTAN, 23 Jul – Seorang calon pilihan raya dan pemandunya terbunuh dalam serangan pengebom nekad di utara Pakistan, kata polis tiga hari sebelum pilihan raya umum negara itu.

Ikramullah Gandapur, ahli parti bintang kriket Pakistan, Imran Khan, Parti Tehreek-e-Insaf (PTI), merupakan calon parlimen untuk wilayah Khyber-Pakhtunkhwa.

“Beliau meninggal dunia akibat kecederaan dialami di Hospital Gabungan Tentera selepas pengebom nekad meletupkan diri berhampiran kenderaan yang dinaikinya, awal pagi ini,” kata ketua polis daerah, Zaheer Afridi.

Kematian Gandapur disahkan pembantunya, Faraz Mughul.

“Kami bersedih dengan kematiannya dan bersimpati dengan keluarga serta mendoakan mereka,” kata PTI dalam satu kenyataan.

Taliban Pakistan mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu menerusi mesej yang dihantar kepada media.

Related Articles

Leave a Reply