Home GlobalRaja Abdullah arah Hani Al-Mulki letak jawatan

Raja Abdullah arah Hani Al-Mulki letak jawatan

by Noor Sheila Amin
A+A-
Reset

AMMAN, 4 Jun – Raja Jordan, Raja Abdullah dijangka mengarahkan Perdana Menterinya, Hani Al-Mulki meletak jawatan dalam usaha menenangkan situasi tegang negara itu.

Sumber politik berkata, ia susulan kemarahan rakyat berhubung dasar ekonomi yang mencetuskan bantahan besar-besaran sejak beberapa tahun lalu.

Pemecatan Al-Mulki dituntut dalam siri bantahan susulan kenaikan cukai disokong Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang menjejaskan kerajaan.

Sumber berkata, Abdullah mengarahkan Al-Mulki mengadap baginda ke istana lewat hari ini.

Al-Mulki melaksanakan kenaikan cukai didorong IMF awal tahun ini bagi mengurangkan kenaikan hutang awam.

Namun kenaikan itu menjejaskan pendapatan rakyat biasa Jordan, menyebabkan popularitinya merudum. -Reuters

Related Articles

Leave a Reply