Menurut Mohamed Azmin, beliau akan menghadap baginda dalam masa terdekat bagi membincangkan tugas baharu di peringkat Persekutuan seperti mana yang dimaklumkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Azmin ketika bertemu Tun Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana, tengah hari tadi. Foto: Yin Shao Loong

“Sehingga hari ini saya masih lagi memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor namun, sekiranya keputusan dibuat untuk saya membantu kerajaan Persekutuan saya akan lepas jawatan berkenaan.

“Perkara ini akan dimaklumkan kepada baginda terlebih dahulu kerana melibatkan jawatan Menteri Besar Selangor, proses ini perlu berlangsung dalam keadaan baik, teratur dan tertib,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Dr. Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini bagi membincangkan peranannya selaku Menteri Hal Ehwal Ekonomi.