Home Semasa Ringgit jatuh berbanding Dolar US

Ringgit jatuh berbanding Dolar US

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 16 Mei –  Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), tetapi mengukuh berbanding mata wang utama lain.

Pada 9.00 pagi, ringgit disebut pada harga 3.9600/9650 berbanding 3.9540/9580 penutup semalam.

Dolar Amerika Syarikat semakin mengukuh berbanding Ringgit atas kesan perkembangan ekonomi terkini di negara kuasa besar itu. Carta:TradingView

Dolar AS mengukuh berlegar di paras tertinggi hampir lima bulan berbanding mata wang utama lain.

Ia susulan perolehan bon Perbendaharaan AS 10 tahun yang melonjak di atas paras tiga peratus yang mencetuskan rali.

“Sehubungan itu, kita menyaksikan dolar AS mendapat momentum belian,” katanya.

Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, dilaporkan berkata ringgit dijangka mencatat prestasi lebih baik sejurus keyakinan pelabur pulih.

Ringgit Malaysia dilihat semakin mengukuh terhadap Dolar Singapura. Carta:TradingView

Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 2.9456/9506 daripada 2.9578/9617 Selasa dan menokok berbanding yen pada 3.5886/5938 daripada 3.5972/6081.

Isu Brexit dan perkembangan antara United Kingdom dan Eropah memberi kesan kepada kekuatan Pound Sterling. Ringgit semakin mengukuh namun memerlukan lebih momentum untuk jauh mengatasi matawang Pound. Carta:TradingView

Ringgit menokok berbanding pound British kepada 5.3460/3531 daripada 5.3565/3635 dan mengukuh berbanding euro pada 4.6831/6906 daripada 4.7155/7211.

Ringgit mengukuh terhadap mata wang Euro semenjak pertengahan April 2018. Carta:TradingView

Related Articles

Leave a Reply