Home PolitikBarisan Nasional Kepentingan negara perkara utama – Syahbudin

Kepentingan negara perkara utama – Syahbudin

by Nurulhuda

GUA MUSANG, 16 Mei – Umno Gua Musang mengakui, isyarat terhadap apa yang berlaku hari ini iaitu gambaran terhadap pimpinan negara sudah lama dinyatakan Ketua Umno bahagian, Tengku Razaleigh Hamzah.

Adun Galas, Mohd Syahbuddin Hashim berkata, bagi mendepani situasi itu kini, ahli dan pimpinan perlu lebih bersabar dengan meletakkan kepentingan negara sebagai perkara utama.

Menurutnya, hasil pertemuan bersama Tengku Razaleigh di kediamannya di Kuala Lumpur, baru-baru ini, kepimpinan Gua Musang tetap dengan pendirian untuk kekal bersama Umno.

“Kita parti terbesar, mempunyai Ahli Parlimen paling ramai dan kita ada potensi besar dalam negara. Melayu ramai yang masih berharap pada Umno dan kita perlu ingat maruah perjuangan.

“Sekarang adalah masa untuk kita melihat bagaimana Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad perintah negara dan penerimaan rakyat terhadap pimpinan beliau,” katanya.

Dalam masa sama, beliau mengingatkan kepada ahli supaya meningkatkan keyakinan kepada pimpinan parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan hentikan perebutan kuasa dalaman.

“Seminggu di bawah pemerintahan kerajaan baharu, sudah ada perpecahan yang berlaku dalam Pakatan Harapan.

“Yang menyesal pun dah ada dan janji Harapan tak sepenuhnya mampu ditunaikan. Yang berkuasa akan tunjuk kuasa mereka,” katanya.

Pun begitu, beliau berkata, apa yang berlaku kini ada hikmahnya di mana keinsafan pada orang Melayu apabila kuasa ditarik.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!