Home Politik Jalankan tangungjawab sebagai rakyat Malaysia – Panglima Angkatan Tentera

Jalankan tangungjawab sebagai rakyat Malaysia – Panglima Angkatan Tentera

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Pengundian awal hari ini bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) melibatkan sejumlah 278,590 anggota keselamatan termasuk pasangan mereka berjalan lancar di 586 pusat mengundi di seluruh negara setakat jam 2 petang ini.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menunaikan tanggungjawab mengundi di Sekolah Kebangsaan Kementah.

Panglima ATM berkata beliau telah menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dan telah melakukan undi tersebut mengikut lunas  demokrasi pada pagi tadi.

‘Seluruh warga tentera diseluruh negara turut keluar mengundi membuat pilihan mereka pada hari ini,’tambahnya lagi.

Saya ingin mengatakan hari ini saya keluar mengundi bermakna sistemnya bekerja dan berjalan, saya keluar menunaikan tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia dan saya telah melaksanakannya,’katanya.

Beliau turut menyeru agar semua warga tentera di seluruh Malaysia agar keluar mengundi menjalankan tanggungjawab tersebut.

Tunaikan tanggungjawab – para anggota pranita Tentera Darat menunjukkan kesan dakwar di jari yang menandakan mereka telah selesai mengundi.

Anggota pasukan keselamatan merangkumi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan mereka dilihat berkumpul sejak awal pagi di pusat-pusat mengundi sebelum pengundian bermula 8 pagi.

Di ibu negara, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim mengundi di Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman.

Antara pusat pengundian awal lain yang dibuka di sini ialah di Kompleks Sukan, Hospital Tentera Tuanku Mizan; Kem Perdana Sungai Besi dan Sekolah Kebangsaan Kementah, Jalan Padang Tembak.

Related Articles

Leave a Reply