Home PolitikBarisan Nasional Apa yang saya curi? Tengku Adnan bidas Tun M

Apa yang saya curi? Tengku Adnan bidas Tun M

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 4 Mei – Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini membidas kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan dalam cermah kebangkitan rakyat di sini malam tadi.

Tengku Adnan mempersoalkan apakah yang telah dicuri beliau selepas  Tun Mahathir menuduhnya pencuri.

“Apakah yang telah saya curi sedangkan saya banyak menggunakan harta yang saya ada bagi membantu rakyat.

“Melalui kontrak mana yang saya ambil sedangkan saya telah diisytiharkan sebagai antara orang yang terkaya di Malaysia pada tahun 1992.

“Ketika itu saya adalah ahli perniagaan yang kemudiannya terlibat dalam politik aktif,” katanya melalui satu kenyataan.

Tengku Adnan berkata, adakah beliau lupa, dirinya telah menyumbang tenaga mempertahankan Mahathir dari serangan reformasi.

“Tun lupakah jasa saya ketika itu? Saya telah berpihak kepada Tun walhal antara Tun dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Anwar lebih banyak sumbangannya dalam perniagaan saya,” katanya.

Beliau turut mengulas kenyataan Mahathir bahawa beliau digugurkan menjadi menteri sewaktu zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi, dan dilantik terus menjadi menteri sewaktu zaman pentadbiran Datuk Seri Najib.

“Bila masa pula saya tidak menjadi Ahli Parlimen dan tidak terpilih menjadi menteri? Hakikatnya saya telah digugurkan menjadi menteri oleh Tun Abdullah.

“Saya telah menjawat jawatan menteri ini pada zaman Datuk Seri Najib. Ini adalah satu pembohongan yang besar.

“Biarlah jawapan saya ini memberikan pertimbangan kepada mereka yang cintakan kebenaran tentang apa yang sebenarnya berlaku dan saya dapat membuktikan bahawa Tun telah berbohong,”katanya.

Menurut Tengku Adnan, beliau sedia maklum berkaitan program ceramah Pakatan Harapan malam tadi lebih awal lagi, dan telah meminta kepada warga Putrajaya khususnya anak-anak muda agar tidak mengganggu atau melakukan sebarang kekacauan terhadap majlis itu.

“Kami tahu bahawa orang luar ramai yang membanjiri sesi ceramah Tun, tetapi jangan lakukan fitnah.

“Janganlah berpolitik dengan melakukan pembohongan cuba mengelirukan rakyat dan warga Putrajaya sedangkan penduduk Putrajaya telah menjadi sebahagian daripada keluarga saya selama ini,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply