Home Politik Persaingan sengit 3 penjuru di Parlimen Gombak

Persaingan sengit 3 penjuru di Parlimen Gombak

by Nurulhuda

GOMBAK,28 Apr-Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan pertandingan 3 penjuru di Parlimen Gombak, melibatkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali, calon Barisan Nasional Datuk Abdul Rahim Pandak Kamaruddin dan calon PAS Khairil Nizam Khirudin.

Di peringkat DUN pula, Sungai Tua menyaksikan pertembungan 4 penjuru antara Amiruddin Shaari (PH), Datuk N Rawisandran (BN), Mohammad Ibrahim (PAS) dan Badrul Hisam Md Zin (bebas), sementara di Gombak Setia, calon PH Hilman Idham berdepan Datuk Megat Zulkarnain Omardin (BN) dan Hasbullah Mohd Ridzwan (PAS).

Di DUN Hulu Kelang, calon PH Saari Sungip berdepan Ismail Ahmad dan Kamalulhysham Mohd Suhut (PAS).

Related Articles

Leave a Reply