Home Politik Mat Sabu jadi calon ‘favourite’ Kota Raja

Mat Sabu jadi calon ‘favourite’ Kota Raja

by Nurulhuda

SHAH ALAM, 28 Apr – Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu atau dikenali Mat Sabu bakal berhadapan dua pencabar masing-masing dari Pas dan BN bagi kerusi Parlimen Kota Raja (P111) pada PRU14 kali ini.

Mat Sabu yang mewakili PKR akan dicabar Yang Dipertua Pas Kawasan Kota Raja, Mohamed Diah Baharun dan Ketua MIC Bahagian Sepang, V Gunalan.

Dun Sentosa (N48) pula menyaksikan persaingan lima penjuru antara Ketua MIC Bahagian Kota Raja, Datuk R Subramaniam (BN), M Rajan (Pas), Dr G Gunarajah (PKR), M Telai Amblam (PRM) dan P Sundarajoo (Bebas), yang juga bekas AJK PKR Cabang Kota Raja.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Mat Shuhaimi Shafiei mewakili PKR akan dicabar oleh Ketua Umno Bahagian Kota Raja, Datuk Kamaruzzaman Johari (BN), Mohd Yusof Abdullah (Pas) dan blogger, Hanafiah Husin (PRM) bagi kerusi Sungai Kandis (N49).

Sementara itu, Dun Kota Kemuning (N50) pula menyaksikan pertembungan lima penjuru.

Calon PKR yang juga Exco Kerajaan Kemiskinan, Prihatin, dan Pekerja Ladang, V Ganabatirau bakal bersaing dengan Burhan Adnan (Pas), Tiew Hock Huat (BN), Abdul Razak Ismail (PSM) dan S Rajasekaran (Bebas).

Pengumuman calon itu dibuat kira-kira jam 11.24 pagi oleh Pegawai Pengurus Bahagian Kota Raja, Shukri Mohamad Hamin sebaik selesai penamaan calon PRU14 di Dewan MBSA Kemuning Utama, di sini sebentar tadi.

Beliau memaklumkan tidak ada sebarang borang pencalonan yang ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kali ini,” katanya.

Pengundian awal ditetapkan pada 5 Mei dengan tempoh berkempen selama 11 hari.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!