Home PolitikBarisan Nasional Tok Mat dan Khairy Jamaluddin bacul – Rafizi

Tok Mat dan Khairy Jamaluddin bacul – Rafizi

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 28 Apr – Naib Presiden Keadilan, Rafizi Ramli, hari ini menyatakan kemenangan pertama Barisan Nasional di Dun Rantau adalah hasil tindakan bacul oleh Dato’ Seri Mohamad Hassan dan Khairy Jamaluddin.

Dalam satu kenyataan rasmi yang dimuatkan di akaun Facebook rasminya, Rafizi turut mendakwa kegagalan Dr Streram Sinnasamy, calon Pakatan Harapan untuk menghantar kertas pencalonan adalah sengaja dirancang oleh pihak BN.
Menurut beliau, Dr Streram telah berada di perkarangan dewan pencalonan seawal 8 pagi. Rafizi turut mendakwa Pegawai Pengurus Pilihanraya dan polis telah menghalang calon Pakatan untuk memasuki dewan pencalonan kerana tidak mempunyai pas masuk SPR.

“Beliau terus dihalang sehingga jam 10.03 pagi. Pada jam 10.03 pagi, tiba-tiba pegawai RO membenarkan pula borang-borang pencalonan Dr Streram Sinnasamy dibawa masuk tetapi kemudiannya diumumkan tidak boleh diterima kerana telah melepasi tempoh waktu,” tambah Rafizi.

“Tindakan tidak membenarkan calon PH mengemukakan borang pencalonan untuk menang percuma adalah satu tindakan yang bacul di pihak Dato’ Seri Mohamad Hassan dan Khairy Jamaluddin,” tegas Rafizi.

Related Articles

Leave a Reply