Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut “Kami kecewa dengan fitnah kapal selam Scorpene” – Jurulatih Kapal Selam TLDM

“Kami kecewa dengan fitnah kapal selam Scorpene” – Jurulatih Kapal Selam TLDM

by M.Daim

LUMUT, 27 Apr – Isu kapal selam Scorpene yang seringkali menjadi mainan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab telah membangkitkan rasa marah dan kecewa warga Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM) khususnya anggota Skuadron Kapal Selam.

Baru-baru ini, TLDM menyelar tindakan sesetengah pihak yang cuba menimbulkan isu kapal selam Scorpene dan kapal selam FS Ouessant. Pihak TLDDM telah menyanggah dakwaan yang mengatakan bahawa kapal selam yang dipamerkan di Melaka sebagai kapal selam Scorpene yang telah digunakan oleh TLDM.

Pada dua hari lalu, TLDM telah menjelaskan bahawa kapal selam yang dipamerkan di Pantai Klebang, Melaka adalah kapal selam kelas Agosta 90.

Pada sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-84, warga TLDM sekali lagi menegaskan bahawa kapal selam kelas Scorpene telah berfungsi dengan baik semenjak hari pertama pentauliahan kapal selam tersebut.

Perkara ini disampaikan oleh Pegawai Waran I Bruce a/k Juhay. PW I Bruce merupakan antara anggota kumpulan awal yang berlatih di Perancis dengan menggunakan kapal selam FS Ouessant sebelum mengoperasikan kapal selam kelas Scorpene.

“Kapal selam Ouessant yang dipamerkan di Melaka merupakan kapal selam latihan yang pernah digunakan oleh kami sebelum mengoperasikan kapal selam Scorpene,” kata Bruce ketika menghadiri temubual esklusif oleh Air Times News Network di Lumut, Perak.

Beliau turut berasa kecewa dan dukacita dengan tuduhan negatif yang sengaja yang dilemparkan terhadap pasukan yang dianggotainya.

PW I Bruce a/k Juhay yang merupakan antara anggota kumpulan awal yang dilatih di Perancis untuk mengedalikan kapal selam. Beliau mempunyai rekod selaman selama 8,608 jam dengan kapal selam TLDM.

“Mana ada kapal selam Scorpene tidak boleh menyelam. Kedua-dua kapal selam tersebut beroperasi dengan baik semenjak hari pertama pentauliahan,” tegas Bruce.

“Malah, saya turut mengiringi Lim Guan Eng berlayar dan menyelam bersama kapal selam semasa di Langkawi,”

Bruce yang berasal dari Sarawak merupakan jurulatih anggota kapal selam mempunyai rekod selaman selama 8,608 jam bersama pasukan kapal selam negara.

Beliau turut meminta mana-mana pihak yang cuba menimbulkan fitnah sedemikian rupa untuk berhenti berbuat demikian kerana ini telah mencemarkan imej TLDM dan melukakan hati anggota-anggota kapal selam yang tanpa henti berbakti kepada negara dan rakyat Malaysia.

Pada masa yang sama, Panglima Tentera Laut, Tan Sri Ahmad Kamarulzaman turut menyatakan rasa sedih kerana ada pihak yang sengaja melempar fitnah kepada tahap kesiagaan TLDM. Beliau menyuarakan perkara tersebut semasa menyampaikan amanat Hari Ulangtahun TLDM ke-84 di Lumut pagi tadi.

Ouessant yang kini dipamerkan di Melaka merupakan kapal selam kelas Agosta yang pernah digunakan oleh Tentera Laut Perancis sebelum dilucut tauliah dan diklasifikasikan sebagai kapal selam simpanan. Kapal selam Ouessant kemudiannya diaktifkan semula bagi menjadi platform latihan kepada kumpulan awal anggota kapal selam TLDM.

Kapal selam Scorpene , KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak merupakan ketumbukan utama kapal selam tanah air.

Related Articles

Leave a Reply