Home Semasa Subuh berdarah Imam Palestin di Gombak

Subuh berdarah Imam Palestin di Gombak

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 21 Apr – Imam Palestin maut ditembak dalam perjalanan untuk menunaikan solat Subuh di Gombak.

Perkara tersebut dinyatakan di akaun Facebook rasmi Aqsa Syarif.

Menurut kenyataan tersebut, Imam Dr Fadi M.R Albatsh, ditembak di kepala semasa dalam perjalanan ke surau Medan Idaman. Allahyarham berusia 35 tahun dan meninggalkan 3 orang anak dan seorang balu.

Imam Dr Fadi M.R Albatsh juga merupakan seorang pensyarah di sebuah universiti tempatan swasta.

“Imam Fadi adalah Imam Palestin yang dibawakan oleh Aqsa Syarif dan MyCARE pada setiap bulan Ramadan sejak tahun 2014,” jelas pihak Aqsa Syarif dalam kenyataan tersebut.

Dalam wawancara buletin Yayasan Khazanah yang diterbitkan pada pertengahan tahun lalu, Dr Fadi bercita-cita untuk menghasilkan produk berasaskan teknologi tenaga alternatif dan melibatkan diri dalam beberapa badan bukan kerajaan untuk membantu Palestin seperti  Malaysian Reconstruction Foundation (MyREF) dan BDS
Malaysia

Allahyarham Imam Dr Fadi M.R Albatsh merupakan adik kepada Taisir Al-Batash, Ketua Polis Gaza yang terbunuh dalam satu insiden di Gaza pada tahun 2014.

 

 

Related Articles

Leave a Reply