Home SemasaGlobal Etnik Rohingya di tahan di Aceh

Etnik Rohingya di tahan di Aceh

by Noor Sheila Amin

Banda Aceh, 21 April – Sekurang-kurangnya 80 etnik Rohingya yang menaiki bot kayu dilaporkan tiba di wilayah Aceh, Indonesia, semalam.

Kumpulan berkenaan tiba di wilayah Aceh di pulau Sumatera, hanya beberapa minggu selepas etnik minoriti yang dianiaya Myanmar tiba di Malaysia.

Menurut ketua polis tempatan, semua mereka berada dalam keadaan baik dan tidak dapat dipastikan berapa lama mereka berada di laut.

“Alhamdulillah mereka semua sihat walaupun beberapa daripada mereka hanya kanak-kanak.

“Kami memberi mereka makanan dan memeriksa kesihatan mereka satu persatu,” katanya yang memberitahu AFP.

Bulan ini, sebuah kumpulan, termasuk dua lelaki Rohingya berumur 28 dan 33 tahun, wanita berusia 20 tahun, remaja perempuan berusia 15 dan kanak-kanak lelaki berjaya dikesan dalam sebuah bot kecil di luar pantai selatan Thailand dan Myanmar, kira-kira 325 kilometer dari Acheh.

Related Articles

Leave a Reply