Home Semasa Liverpool ke separuh akhir selepas 10 tahun

Liverpool ke separuh akhir selepas 10 tahun

by Air Times News Network

MANCHESTER, 11 Apr – Mohamed Salah dan Roberto Firmino meledak gol untuk membantu Liverpool melangkah ke separuh akhir Liga Juara-Juara selepas menundukkan Manchester City 2-1 dalam aksi suku akhir kedua di Etihad, sebentar tadi.

Selepas memegang kelebihan selesa 3-0 di Anfield minggu lalu, kemenangan di tempat lawan membolehkan anak-anak buah Jurgen Klopp mara secara agregat 5-1.

Ini adalah kejayaan pertama Reds melayakkan diri ke peringkat empat terbaik dalam kancah bola sepak elit Eropah itu sejak kali terakhir melakukannya pada musim 2007/2008.

Bagaimanapun, kemenangan tidak hadir dengan mudah apabila Gabriel Jesus terlebih dulu menjaringkan gol tuan rumah seawal minit kedua.

City juga menguasai permainan babak pertama, namun pemain The Reds bangkit pada separuh masa kedua dalam perlawanan yang turut menyaksikan Pep Guardiola diarahkan duduk di tempat penonton. – AGENSI

Related Articles

Leave a Reply