Home PolitikBarisan Nasional Pembangkang takut bayang-bayang sendiri – Azahar Ibrahim

Pembangkang takut bayang-bayang sendiri – Azahar Ibrahim

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 11 Apr – Pengundi dinasihatkan supaya tidak menimbulkan alasan mengenai isu pemilihan hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei depan iaitu hari Rabu kerana ia bukan kali pertama negara ini melaksanakan proses demokrasi pada hari bekerja.

Ketua UMNO Bahagian Labis, Azahar Ibrahim berkata ini bukan taktik kotor kerajaan, malahan sebelum-sebelum ini ada beberapa pilihanraya berlangsung pada hari waktu bekerja.

“Ini jelas membuktikan pembangkang takut pada bayang-bayang sendiri”, ujarnya lagi.

Pemilihan tarikh pengundian pada hari bekerja telah dilaksanakan sebanyak empat kali di negara ini dan masyarakat dahulu berjaya melunaskan tanggungjawab mereka dengan sempurna, rakyat tidak seharutnya mempersoalkan tentang hari pengudian yang jatuh pada hari Rabu, 9 Mei ini.

Related Articles

Leave a Reply