Home PolitikBarisan Nasional PRU14: 82 calon Parlimen, DUN Johor sudah dimuktamadkan – Khaled

PRU14: 82 calon Parlimen, DUN Johor sudah dimuktamadkan – Khaled

by Air Times News Network

ISKANDAR PUTERI, 11 Apr – Barisan Nasional (BN) Johor sudah memuktamadkan semua 82 calon yang akan bertanding di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata senarai calon yang dimuktamadkan itu diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pertemuan di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, semalam.

Beliau yang juga Pengerusi BN negeri berkata, pertemuan bersama Najib semalam berjalan dengan sempurna dan lancar.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan ada perubahan pada saat akhir selepas senarai itu diserahkan kepada Pengerusi BN.

“Pertemuan (bersama Najib) berjalan dengan baik dan kita (BN Johor) sudah siap dan muktamadkan nama-nama.

“Apabila tiba masa (sesuai) Perdana Menteri akan umumkan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis menandatangani kontrak program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Related Articles

Leave a Reply