Home PolitikPakatan Harapan Guna logo KEADILAN tidak semestinya jadi ahli PKR 

Guna logo KEADILAN tidak semestinya jadi ahli PKR 

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 9 Apr – Pakatan Harapan (PH) telah mengumumkan akan menggunakan logo dan simbol Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Semasa program perhimpunan Jelajah Harapan tersebut, Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan bahawa semua calon PH, sama ada untuk Parlimen atau DUN di Semenanjung, akan bertanding dalam PRU14 dengan menggunakan satu logo, iaitu logo Parti Keadilan Rakyat (Keadilan).

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Dato’ Saifuddin Abdullah berkata Keadilan tidak mewajibkan bahawa sesiapa dari parti lain atau tidak berparti hendaklah menjadi anggotanya terlebih dahulu bagi menggunakan logo PKR.

“Dalam PRU yang lalu, contohnya, ada calon dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) bertanding menggunakan logo Keadilan. Calon tersebut tetap kekal sebagai anggota PSM.

“Selain itu, SPR tidak mensyaratkan calon yang menggunakan logo Keadilan mesti di kalangan anggota Keadilan. Apa yang diperlukan oleh SPR ialah surat Presiden Keadilan yang mengesahkan seseorang calon itu adalah calon parti Keadilan.

Tambahnya lagi, dalam PRU14, calon-calon DAP, Amanah dan PPBM akan kekal keanggotaannya dalam parti masing-masing. Mereka menggunakan logo Keadilan melalui surat pengesahan yang ditandatangani oleh Presiden Keadilan, yang terlebih dahulu menerima pencalonannya daripada Presiden parti masing-masing.

Jumaat lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan keempat-empat buah parti (DAP, PKR, Amanah) termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai individu, akan menggunakan simbol Keadilan (PKR) dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!