Home GlobalErdogan: Satu nyawa kanak-kanak jadi korban di Gaza setiap jam dalam tempoh 23 bulan.

Erdogan: Satu nyawa kanak-kanak jadi korban di Gaza setiap jam dalam tempoh 23 bulan.

by Aqilah Azman
A+A-
Reset

ISTANBUL, 24 SEPTEMBER – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mendedahkan seorang kanak-kanak Gaza terkorban setiap jam sepanjang 23 bulan lalu.

Beliau menegaskan angka tersebut bukan sekadar nombor, tetapi mewakili kehidupan manusia tidak bersalah yang hilang setiap hari.

“Hari ini adalah hari untuk berdiri teguh bersama rakyat Palestin yang tertindas atas nama kemanusiaan,” katanya.

Erdogan turut menyeru negara-negara yang belum mengiktiraf Palestin supaya bertindak segera tanpa berlengah.

Dalam ucapannya, beliau turut mengangkat gambar seorang kanak-kanak yang mengalami kebuluran,

“Apakah hati nurani sanggup berdiam diri ketika anak-anak kehilangan anggota badan dalam keadaan tanpa rawatan sepatutnya?” soal Presiden Turkiye semasa menyampaikan ucapan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) pada 23 September.

Beliau juga memaklumkan, seramai 2.5 juta penduduk Gaza kini terpaksa berpindah secara berulang di kawasan seluas 365 kilometer persegi.

Erdogan menegaskan keadaan tersebut menjadikan penderitaan kanak-kanak kecil berusia dua hingga tiga tahun sebagai pemandangan biasa yang menyayat hati.

Menurut beliau, situasi ini bukan peperangan, sebaliknya tindakan sistematik Israel menggunakan senjata moden terhadap orang awam tidak bersenjata.

Erdogan turut menuduh dasar Israel sebagai polisi pengusiran, penghapusan dan pembunuhan beramai-ramai, selain mengancam keamanan serantau dengan serangan di Syria, Iran, Yaman dan Lubnan.

Dalam pada itu, Erdogan juga menuntut gencatan senjata segera di Gaza, menghentikan serangan serta membuka sepenuhnya laluan bantuan kemanusiaan.

Sehubungan itu, beliau juga menggesa supaya pelaku kekejaman didakwa di bawah undang-undang antarabangsa.

“Mereka yang tidak bersuara atau tidak mengambil pendirian terhadap kekejaman di Gaza adalah bersubahat,” katanya. – airtimes.my

#Airtimes #Erdogan #Gaza #Turkiye

Related Articles

Leave a Reply