Home GlobalKopassus guna raifal terbaru SS3-M1 buatan PT Pindad

Kopassus guna raifal terbaru SS3-M1 buatan PT Pindad

by Zaki Salleh
A+A-
Reset

BANDUNG, Indonesia 26 Ogos – Raifal tempur terbaru buatan firma pertahanan Indonesia, PT Pindad, SS3-M1 telah digunakan anggota pasukan elit, Kopassus pada satu upacara ketenteraan di Pusdikpassus, Batujajar.

Pusdikpassus atau Pusat Pendidikan dan Latihan Pasukan Khusus merupakan akademi bagi melatih calon komando TNI-Angkatan Darat.

Senjata SS3-M1 iaitu singkatan kepada Senapang Serbu Generasi Ketiga – Modular versi 1 merupakan varian baharu daripada model terdahulu iaitu SS2 yang kelihatan kompak tetapi sarat dengan ciri-ciri terkini.

Raifal tempur buatan PT PINDAD sejak sekian lama melengkapi TNI termasuk Kopassus dan Korps Marinir.

Raifal tempur terbaru buatan firma pertahanan Indonesia, PT Pindad, SS3-M1 telah digunakan anggota pasukan elit, Kopassus pada satu upacara ketenteraan di Pusdikpassus, Batujajar.

Nama senjata ini dipilih selaras dengan produk senjata terdahulu serta menitikberatkan aspek kebiasaan pengguna terhadap penamaan tersebut.

Ia merupakan hasil penambahbaikan daripada model SS1 dan SS2 keluaran PT Pindad, yang dibangunkan berdasarkan maklum balas positif daripada para pengguna.

Senjata ini menggunakan peluru kaliber 5.56 x 45mm NATO dan mempunyai laras sepanjang 14.5 inci, serta dilengkapi dengan pejer teleskopik yang boleh dilaras mengikut keselesaan pengguna.

Dari segi saiz, SS3-M1 mempunyai panjang keseluruhan 871mm dalam keadaan dipanjangkan sepenuhnya, dan 797mm dalam keadaan standard.

Dengan berat hanya 3.25kg, raifal ini dengan bentuk kompak menjadikannya lebih mudah untuk dibawa dan dikendalikan.

Dari segi rekabentuk, SS3-M1 dilengkapi dengan sistem picatinny rail dan m-lok pada pengadang tangan untuk pemasangan aksesori dan alat optik tambahan.

Turut disertakan adalah pemegang menegak bagi meningkatkan kestabilan dan keselesaan semasa penggunaan.

Senjata ini menggunakan peluru kaliber 5.56 x 45mm NATO dan mempunyai laras sepanjang 14.5 inci, serta dilengkapi dengan pejer teleskopik yang boleh dilaras mengikut keselesaan pengguna.

Buat masa ini, SS3-M1 direka sebagai senjata standard bagi pelbagai unit, terutamanya unit dengan tahap operasi tinggi.

Pihak PR Pindad menyifatkan raifal SS3-M1 setanding dengan senjata seumpamanya yang digunakan di peringkat global seperti Colt M4, HK 416, dan Caracal CAR816.

Sepertimana diketahui umum, PT Pindad mempunyai reputasi sebagai pengeluar raifal terbaik di Asia Tenggara berikutan prestasi unggul yang dipamerkan dalam pertandingan menembak.

Beberapa senjata buatan PT Pindad sebelum ini telah berjaya membawa kontinjen TNI AD meraih juara dalam pertandingan menembak tingkat ASEAN (AARM).

Terutamanya raifal SS2 V4 HB dan SS2 V2 HB, yang digunakan dalam edisi AARM 2022 dan 2023.

Senjata-senjata berkenaan membantu meningkatkan reputasi PT Pindad sebagai pengeluar senjata terkemuka rantau ini.-airtimes.my

#pertahanan #Indonesia #airtimes

 

Related Articles

Leave a Reply