Home SemasaNahas UPSI: Pemandu bas didakwa 16 pertuduhan hari ini

Nahas UPSI: Pemandu bas didakwa 16 pertuduhan hari ini

by Aqilah Azman
A+A-
Reset

IPOH, 13 JUN – Pemandu bas persiaran yang terbabit dalam tragedi nahas, mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik pada Isnin lalu, akan didakwa di mahkamah petang ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, suspek lelaki berusia 39 tahun itu yang ditahan sejurus selepas dibenarkan keluar dari Hospital Taiping, akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Gerik.

“Lelaki itu akan didakwa di mahkamah selepas solat Jumaat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Suspek diiringi oleh tiga anggota polis, dalam keadaan tangan bergari dan ditutup tuala untuk dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik dengan menaiki kereta peronda (MPV).

Sebelum ini, media melaporkan pemandu bas persiaran yang mengalami kecederaan di tangan itu, ditahan oleh polis di Hospital Taiping pada jam 5:45 petang, Khamis.

Suspek akan didakwa dengan 15 pertuduhan mengikut Seksyen Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, mengakibatkan kematian dalam kemalangan, selain satu pertuduhan di bawah Seksyen 42 APJ 1987 bagi kesalahan memandu secara melulu dan membahayakan.

Terdahulu, tragedi yang berlaku sekitar jam 12:45 tengah malam di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, membawa 42 pelajar UPSI sedang dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu menuju ke kampus universiti berkenaan, dan dikatakan hilang kawalan sebelum melanggar sebuah MPV dinaiki empat sekeluarga.

Kemalangan itu menyebabkan 13 pelajar UPSI disahkan maut di tempat kejadian, manakala dua lagi meninggal dunia di hospital akibat parah. -airtimes.my

#Airtimes #Bas #UPSI #Gerik #Perak

Related Articles

Leave a Reply