Home SemasaDua pelajar Malaysia terpilih ke akademi perkhidmatan tentera AS

Dua pelajar Malaysia terpilih ke akademi perkhidmatan tentera AS

by Zulhaizi Rosdi
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 13 JUN – Kedutaan Amerika Syarikat (AS) hari ini mengiktiraf dua pelajar Malaysia yang telah terpilih ke Akademi Ketenteraan AS.

Dua pelajar Malaysia iaitu Kadet Rakis Ruhaim Abdul Rahman akan menyertai Akademi Tentera Laut AS di Annapolis, Maryland, manakala Kadet Luthfil Haikal Haswadi akan ke Akademi Tentera Darat AS di West Point, New York sebagai sebahagian daripada Kelas 2029.

Duta Besar AS ke Malaysia, Edgard D. Kagan berkata, pelantikan ini sekali gus mencerminkan hubungan pertahanan yang mendalam dan semakin berkembang antara Malaysia dan AS.

“Mereka mewakili masa depan negara sebagai pemimpin yang akan menegakkan komitmen bersama ketenteraan terhadap disiplin, khidmat dan kerjasama.

“Pelantikan ini mencerminkan Perkongsian Komprehensif AS-Malaysia yang berterusan, khususnya dalam bidang pertahanan dan keselamatan, yang terus mengukuhkan kedua-dua negara dan rantau ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pelantikan ini dibuat selepas proses pemilihan yang kompetitif dan mengambil kira pencapaian akademik, potensi kepimpinan serta kecergasan fizikal calon.

Kadet Rakis Ruhaim (kiri) dan Kadet Luthfil Haikal (kanan) bersama Duta AS ke Malaysia, Edgard D.Kagan (tengah) di Majlis pelantikan dan penyampaian sijil

Dalam satu majlis pelantikan yang diadakan di Chief of Mission’s Residence, Kuala Lumpur hari ini, Duta Kagan turut menyerahkan sijil pelantikan kepada dua pelajar Malaysia.

Majlis itu turut dihadiri oleh Penolong Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral Datuk Reizal Arif Ismail.

Semasa majlis itu berlangsung, Duta Kagan turut memberi penghormatan kepada Pegawai Kadet Mohamad Khairel Adha Mohd Khairee yang baru sahaja menamatkan pengajian di Akademi Tentera Udara AS.

Sejak 1971, seramai 40 pelajar Malaysia telah menamatkan pengajian di akademi perkhidmatan tentera AS, sekali telah menyumbang kepada keselamatan global dan memperkukuh hubungan pertahanan serta hubungan antara rakyat kedua-dua negara.

Kerjasama dalam pendidikan ketenteraan ini juga telah membina hubungan profesional dan peribadi antara angkatan tentera, serta melahirkan pemimpin yang komited kepada keamanan, kestabilan dan kemakmuran bersama. -airtimes.my

#AkademiTenteraAS #KadetMalaysia #Annapolis #WestPoint #ATM #Malaysia #KedutaanAS #Airtimes

Related Articles

Leave a Reply