GERIK, 9 Jun – Bas terbabit kemalangan mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dipercayai melanggar belakang kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza sebelum hilang kawalan.
Nahas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik itu dipercayai berlaku antara pukul 12.30 hingga 1 pagi.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, bagaimana pun siasatan secara menyeluruh sedang dijalankan melibatkan pelbagai aspek.
“Semua aspek akan dilihat termasuk sama ada kemalangan disebabkan kecuaian manusia atau teknikal,
“Semasa kejadian kedua-dua kenderan itu dalam laluan sama menghala ke Gerik,
“Keadaan jalan adalah berliku dan menurun jadi segala aspek akan dilihat cuma terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan,
“Pada masa ini polis menyiasat nahas tersebut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengakutan Jalan 1987,” ujarnya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik, di sini.
Bas persiaran sewa khas itu membawa 42 penumpang iaitu 8 lelaki dan 32 perempuan manakala pemandu bas berumur 40 dan kelindannya 54 tahun.
Bas bertolak dari Jerteh pada pukul 9 malam tadi dan sepatutnya dijangka tiba ke Tanjung Malim pada awal pagi.
Kenderaan MPV Alza pula dinaiki sepasang suami isteri bersama dua iaitu perempuan (6 tahun) dan lelaki (3 tahun).
Berdasarkan pemeriksaan fizikal pada bas berkenaan mendapati ia tidak mempunyai kamera hadapan.
Menurut Noor Hisham, 13 mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HPRB) Ipoh dan dua di Hospital Gerik.
Ini kerana Hospital Daerah Gerik tidak mampu menampung jenazah yang banyak menyebabkan sebahagian dihantar ke HPRB Ipoh yang mana keputusan dibuat oleh Pengarah Kesihatan negeri Perak.
“Proses bedah siasat dijangka mengambil masa yang lama,
“Manakala 27 mangsa yang cedera dirawat di Hospital Gerik, HPRB Ipoh, Hospital Taiping dan Hospital Baling,
“Pemandu bas mengalami kecederaan pada tangan dan polis masih belum merakamkan keterangannya,” ujar beliau.-airtimes.my
#semasa #kemalangan #Gerik #UPSI #bas #airtimes
