Home SemasaAksi PTU terbangkan Sukhoi ‘Toruk Makto’ berwajah baharu curi tumpuan di LIMA ’25

Aksi PTU terbangkan Sukhoi ‘Toruk Makto’ berwajah baharu curi tumpuan di LIMA ’25

by Aqilah Azman
A+A-
Reset

LANGKAWI, 21 MEI – Pesawat pejuang SU-30MKM milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), tampil berwajah baharu sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA ’25), yang bermula semalam di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).

Kemunculan pesawat Sukhoi yang digelar sebagai ‘Toruk Makto’ (SU-30MKM) itu menarik perhatian apabila Panglima Tentera Udara (PTU) Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan secara peribadi menerbangkan pesawat itu pada acara pembuka tirai.

Susulan, kecekapan PTU mengendalikan pesawat bercorak ikonik Jalur Gemilang itu menjadi tarikan utama, menjadikan SU-30MKM antara fokus utama dalam persembahan udara.

Selain itu, TUDM juga mempersembahkan pesawat F/A-18D Hornet, A400M, C-130H, PC-7 Mk II serta helikopter EC-725 AP, AW139 dan EC-120B dalam demonstrasi udara yang disaksikan oleh ribuan pengunjung di MIEC.

Pada masa sama, pertunjukan udara turut dimeriahkan oleh pasukan aerobatik antarabangsa termasuk Russian Knights (Rusia), Jupiter (Indonesia), serta aksi daripada pesawat GB1-1 (Layang-Layang Flying Academy) dan Extra 300L (Aerotree Defence and Services).

Majlis perasmian LIMA ’25 telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, diiringi Timbalan Perdana Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, serta pimpinan tertinggi negara dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Turut hadir, YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, YAB Dato’ Sri Fadillah Yusof, Menteri Besar Kedah YAB Muhammad Sanusi Md Nor, serta Pengerusi GEC, Jeneral Dato’ Seri Sabri Adam TUDM (Bersara).

SU-30MKM kekal sebagai salah satu aset utama TUDM dan menjadi tulang belakang sehingga kini, bagi mengawasi kedaulatan ruang udara negara. -airtimes.my

#AirTimes #LIMA’25 #Sukhoi #SU-30MKM #TorukMakto #TUDM #Langkawi #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply