Home Pertahanan dan KeselamatanAgong uji bot pemintas berteknologi tinggi rekaan sendiri

Agong uji bot pemintas berteknologi tinggi rekaan sendiri

by Nurulhuda
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 15 Mei –Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Rabu berkenan berangkat ke Mersing bagi memandu uji bot baharu yang direka khas oleh Seri Paduka Baginda sendiri.

Menerusi hantaran Facebook Sultan Ibrahim, reka bentuk dan spesifikasi bot tersebut merupakan hasil ilham dan kepakaran Sultan Ibrahim, yang memiliki pengalaman luas dalam bidang kelautan serta pernah menjalani pelbagai latihan ketenteraan.

“Pada Mac lalu, Seri Paduka Baginda turut mengurniakan sebuah bot pemintas berteknologi tinggi kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), dikenali sebagai Ibrahim Class IC 1170cc, yang direka khas untuk operasi berkelajuan tinggi dalam perairan tropika,” jelas hantaran itu.

Dalam usaha berterusan memperkukuh keselamatan maritim negara, Sultan Ibrahim turut mengurniakan sebuah lagi bot pemintas berteknologi tinggi kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pahang, pada bulan yang sama.

“Pada November 2020, Baginda berkenan mengurniakan sebuah bot laju jenis IMG kepada Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 yang dilengkapi enjin berkapasiti 900 kuasa kuda, khusus untuk operasi di kawasan kepulauan dan perairan Mersing,” tambah hantaran itu lagi.

Seri Paduka Baginda juga berkenan mengurniakan sebuah bot Rigid Inflatable Boat (RIB) Tornado kepada 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK), pada tahun 2021.

“Bot bernilai RM1.2 juta itu dilengkapi enjin berkuasa 600 kuasa kuda dan bertujuan menyokong penugasan serta tanggungjawab pasukan elit berkenaan,

“Pengurniaan Seri Paduka Baginda itu mencerminkan keprihatinan Baginda terhadap keselamatan perairan negara dan kesiapsiagaan pasukan berkuasa dalam mengekang ancaman di laut,” titah Baginda lagi. -airtimes.my

#DaulatTuanku #keselamatan #airtimes #TLDM #APMM #aset

Related Articles

Leave a Reply