Home SemasaJLKN nafi lantik ejen perolehan, syarikat dinasihat rujuk terus portal rasmi

JLKN nafi lantik ejen perolehan, syarikat dinasihat rujuk terus portal rasmi

by Nurulhuda
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa telah melantik mana-mana individu atau kumpulan sebagai ejen perolehan bagi pihak jabatan itu.

Dalam satu kenyataan, JLKN menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah memberi kuasa kepada mana-mana pihak untuk mencari pembida bagi tender kerajaan.

Sehubungan itu, JLKN menasihatkan semua syarikat agar merujuk kepada portal rasmi ePerolehan di https://www.eperolehan.gov.my untuk mendapatkan maklumat berkaitan tender dan sebut harga kerajaan.

“Portal ePerolehan merupakan gerbang utama bagi perolehan Kerajaan Malaysia yang memaparkan iklan serta keputusan tender,

“Semua syarikat yang berminat hendaklah mengemukakan tawaran tender secara terus kepada kementerian atau jabatan yang terlibat, tanpa penglibatan ejen atau pihak ketiga,” menurut kenyataan itu.

JLKN turut menggesa mana-mana syarikat yang dihubungi individu atau kumpulan yang mendakwa sebagai ejen perolehan bagi pihak jabatan tersebut agar segera mendapatkan penjelasan daripada Unit Perolehan JLKN, atau membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya timbul sebarang keraguan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Unit Perolehan, Bahagian Kewangan JLKN di talian 03-4013 3642 atau melalui e-mel kepada [email protected]

#JLKN #PLKN #Malaysia #tender #airtimes #Malaysia

 

Related Articles

Leave a Reply