if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Pertahanan dan Keselamatan Masalah teknikal punca insiden pesawat Hawk di Alor Setar, juruterbang selamat – TUDM

Masalah teknikal punca insiden pesawat Hawk di Alor Setar, juruterbang selamat – TUDM

by M.Daim

ALOR SETAR, 6 Mei – Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam satu kenyataan mengesahkan insiden melibatkan sebuat pesawat pejuang Hawk milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Menurutnya, insiden kemalangan berlaku semasa pesawat terbabit melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (AOR) kira-kira jam 5.00 petang tadi.

Kenyataan yang dikeluarkan hari ini turut mengesahkan insiden tersebut berpunca daripada masalah teknikal pada sistem gear pendaratan hadapan (nose landing gear).

“Pesawat Hawk terbabit sedang menjalani latihan ‘Opening Gambit’ sebagai persiapan bagi acara pembukaan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA ’25),” jelas kenyataan tersebut.

Tambahnya, juruterbang yang mengendalikan pesawat berkenaan dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Satu pasukan penyiasat akan segera ditubuhkan oleh TUDM bagi mengenal pasti secara terperinci punca kejadian tersebut.

Terdahulu, Malaysia Airports dalam kenyataan media berasingan memaklumkan landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim terpaksa ditutup sementara bagi memudahkan kerja-kerja pengalihan pesawat yang terkandas serta operasi pembersihan landasan.

Notis kepada Juruterbang (NOTAM) bernombor A2174/25 telah dikeluarkan dengan penutupan dijangka berterusan sehingga jam 10.30 malam ini.

Penutupan sementara ini menyebabkan gangguan terhadap semua operasi penerbangan termasuk penerbangan yang membawa jemaah haji.

“Para penumpang diminta supaya menghubungi syarikat penerbangan masing-masing atau Lembaga Tabung Haji untuk maklumat terkini mengenai penerbangan,” kata Malaysia Airports.

Malaysia Airports akan mengemaskini maklumat lanjut sebaik sahaja landasan disahkan selamat dan dibuka semula oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).– airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply