Home SemasaGlobal Pemimpin Hamas Salah Al-Bardaweel terbunuh, Israel tingkatkan serangan di Gaza

Pemimpin Hamas Salah Al-Bardaweel terbunuh, Israel tingkatkan serangan di Gaza

by Zulfadhli Azmie

PALESTIN, 24 Mac – Salah Al-Bardaweel, pemimpin kanan dan anggota biro politik Hamas, terkorban dalam serangan udara Israel yang menyasarkan barat Khan Younis, selatan Gaza.

Serangan itu turut mengorbankan isterinya, menurut kenyataan rasmi Hamas pada 23 Mac.

Bardaweel, yang berusia 65 tahun, merupakan anggota ketiga biro politik Hamas yang terkorban sejak Israel menyambung semula serangan udara pada hari Selasa, selepas Yasser Harb dan Essam Al-Dalis.

Tentera Israel mengesahkan pada Ahad bahawa mereka telah mensasarkan Bardaweel sebagai sebahagian daripada strategi mereka untuk melemahkan struktur kepimpinan Hamas.

“Penghapusan beliau merosakkan keupayaan ketenteraan dan kerajaan Hamas yang kini semakin lemah,” menurut kenyataan itu.

Bardaweel, yang berasal dari kem pelarian Khan Younis, menyertai Hamas sejurus penubuhannya pada 1987.

Beliau berkhidmat sebagai jurucakap sebelum dipilih ke biro politik pada 2021.

Selain mengkritik kerjasama keselamatan antara Palestin dan Israel, Bardaweel juga tegas menyokong perjuangan bersenjata menentang Israel.

Dalam perkembangan lain, Hamas turut mengesahkan kematian beberapa pegawai kanan mereka, termasuk Ketua Kementerian Dalam Negeri, Mahmud Abu Watfa dan Pengarah Keselamatan Dalaman, Bahjat Abu Sultan,  dalam serangan berasingan.

Israel turut mengesahkan bahawa serangan besar-besaran ke atas Gaza dimulakan semula pada 18 Mac lalu, selepas menuduh Hamas melanggar perjanjian gencatan senjata yang dimeterai pada 19 Januari 2025.

Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menegaskan, objektif utama kempen ketenteraan ini adalah untuk ‘memusnahkan Hamas’.

Selain itu, beliau turut mendesak agar Hamas membebaskan baki tebusan yang masih ditahan sejak serangan 7 Oktober 2023.

Serangan udara dan operasi darat yang dilancarkan semula oleh Israel telah menyebabkan kemusnahan besar di Gaza, memusnahkan banyak kawasan dan menyebabkan lebih 50,000 rakyat Palestin.

Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan bahawa serangan ini terus memusnahkan sebahagian besar wilayah pesisir Gaza sejak Oktober 2023.-airtimes.my

#Airtimes #Global #Palestin #Gaza #Malaysia

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?