Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
MAWILLA 4 di Sarawak berpotensi jadi transit kapal selam – Panglima TLDM – Air Times News Network
Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut MAWILLA 4 di Sarawak berpotensi jadi transit kapal selam – Panglima TLDM

MAWILLA 4 di Sarawak berpotensi jadi transit kapal selam – Panglima TLDM

by Nurulhuda

KUCHING, 24 Mac: Markas Wilayah Laut 4 (MAWILLA 4) yang bakal menempatkan pangkalan baharu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Muara Tebas berpotensi menjadi lokasi strategik bagi transit kapal selam.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain berkata, kawasan tersebut sesuai dijadikan sebagai transit kapal selam kerana keadaan lautnya yang tidak landai serta mempunyai kedalaman semula jadi 14 meter.

“Untuk masuk sebagai transit kapal selam, boleh tiada masalah. Namun, untuk kita aturkan kapal selam itu dari sini sebagai pangkalan operasi hadapan, saya boleh katakan ada kemungkinannya,

“Untuk pelabuhan kapal, kita memang akan tengok kesesuaiannya sama ada kita boleh berlabuh untuk ulang bekal dan sebagainya,” katanya seperti dilapor Bernama.

Beliau berkata demikian selepas melawat tapak projek MAWILLA 4, di Muara Tebas, hari ini.

Zulhelmy berkata kedalaman laut dan keluasan lokasi berkenaan turut membolehkan kapal yang berukuran 100 hingga 120 meter panjang untuk berlabuh.

Sebelum ini, MAWILLA 4 dicadangkan untuk dibina di Samalaju, Bintulu namun dipindahkan ke Muara Tebas atas pelbagai faktor.

Sementara itu, ketika mengulas mengenai kajian kebolehlaksanaan pembinaan markas itu,  Zulhelmy berkata ia akan dijalankan oleh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) selaku tuan tanah tapak projek berkenaan dan dijangka siap suku pertama tahun depan.

“Kajian kini sedang dilaksanakan SEDC dan untuk proses pembinaan ia memakan masa kira-kira tiga tahun selepas mendapat kebenaran daripada Kementerian Pertahanan (MINDEF),

“Kita perlu selaraskan dengan perbelanjaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dan ini menjadi projek keutamaan kepada ATM… Sekiranya mendapat kebenaran awal, kita boleh mula pembinaan lebih awal lagi,” ujarnya lagi.

Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar dan Pengerusi SEDC Tan Sri Abdul Aziz Hussain.-airtimes.my

#pertahanan #TLDM #Mawilla4 #Sarawak #pangkalanTLDM #airtimes

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?