Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kolumnis: Jangan tunduk pada desakan penceroboh tanah, patuhi undang-undang – Air Times News Network
Home Semasa Kolumnis: Jangan tunduk pada desakan penceroboh tanah, patuhi undang-undang

Kolumnis: Jangan tunduk pada desakan penceroboh tanah, patuhi undang-undang

by Zaki Salleh

Pencerobohan ialah gangguan masuk ke kawasan orang tanpa kebenaran dan merupakan suatu kesalahan dari segi undang-undang.

Ringkasnya, menceroboh ialah melanggar hak atau sempadan yang sepatutnya dihormati.

Jika dalam konteks negara dengan negara, menceroboh negara asing adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan undang-undang pada peringkat antarabangsa.

Ini kerana tindakan pencerobohan telah mengancam kedaulatan sesebuah negara.

Menceroboh atau memasuki sempadan Malaysia oleh pihak ketiga misalnya adalah suatu kesalahan dan tertakluk kepada beberapa peruntukan undang-undang.

Antaranya Kanun Keseksaan, Akta Imigresen 1959/63, dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), bergantung pada jenis pencerobohan.

Pencerobohan Jerman ke atas Poland pada 1939 misalnya menyebabkan meletusnya Perang Dunia Kedua bermula di Eropah.

Perang kemudian merebak ke beberapa negara lain sehingga kemaraan Jerman ke Soviet.

Tentera Imperial Jepun pula melancarkan serangan amfibia ke atas Tanah Melayu pada 8 Disember 1941 bermula di Kota Bharu yang menyaksikan bermulanya Perang Pasifik.

Pencerobohan tentera Indonesia ke atas Malaysia pada April 1963 telah mencetuskan Konfrontasi sebelum konflik ditamatkan dua tahun kemudian.

Angkatan ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram menceroboh masuk Sabah pada Februari 2013 dengan alasan ingin menuntut Sabah kembali menjadi wilayah Kesultanan Sulu.

Pencerobohan pengganas Sulu ini membawa kepada berlakunya Op Daulat dan pengusiran musuh dari bumi Sabah.

Mukadimah ini adalah sebagai analogi untuk memahamkan maksud pencerobohan dalam konteks kedaulatan sesebuah negara.

Hakikatnya, perkara sama juga perlu difahami dan ditegaskan berhubung isu menceroboh tanah atau hartanah yang jelas salah di sisi undang-undang.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan hak ekslusif kepada seorang pemilik hartanah ke atas harta dan tanahnya.

Seksyen 340 Kanun Tanah Negara 1965 (KTN) menegaskan pemilik yang berdaftar ke atas hartanah tesebut tidak boleh disangkal hak miliknya.

Pemilik merupakan pihak yang berkuasa ke atas hartanah tersebut sepenuhnya. Jika tanah diceroboh, pemilik sebagai tuan tanah berhak untuk membuat sebarang tindakan.

Selanjutnya di bawah Seksyen 44(1) KTN juga memberikan hak dan kepentingan eksklusif kepada pemilik hartanah tersebut untuk menikmati hak miliknya tanpa diganggu tanpa alasan yang sah di sisi undang-undang.

Seksyen 425 KTN memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih satu tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 jika sabit kesalahan.

Bermakna, Malaysia telah menetapkan peruntukan undang-undang yang jelas atas kesalahan menceroboh tanah atau hartanah

Situasi yang dikatakan pencerobohan tanah juga telah menyaksikan beberapa buah perkampungan tradisi Melayu yang berusia lebih 200 tahun di Pulau Pinang lenyap.

Ini berlaku kerana tanah di mana kampung-kampung tersebut wujud merupakan tanah milik persendirian.

Apabila hak milik tanah bertukar, penduduk terpaksa akur kepada kehendak pemilik tanah yang baharu.

Mereka tidak mempunyai pilihan kerana undang-undang mengarahkan supaya meninggalkan tanah dan kediaman walaupun telah didiami sejak zaman nenek moyang yang secara logiknya merupakan penduduk asal di situ.

Malah, ada penempatan kampung Melayu yang telah wujud sejak abad ke-18 dirobohkan demi memberi laluan kepada pembangunan oleh pemilik tanah.

Ini kerana fakta sejarah lisan tidak menyokong hak milik tanah yang termaktub secara undang-undang.

Sekiranya terdapat apa jua pencerobohan oleh pihak ketiga walaupun dibuat oleh ahli keluarga sekalipun, undang-undang menetapkan suatu pencerobohan itu sebagai kesalahan.

Pada 24 April 2024, Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan semakan kehakiman pekebun durian musang king yang mencabar keputusan kerajaan Pahang yang mengeluarkan notis arahan pengosongan kebun di Raub termasuk kawasan di Sungai Ruan, Sungai Chalit dan Sungai Klau.

Mahkamah mendapati pekebun itu menceroboh tanah serta tidak mempunyai hak dari segi undang-undang dan tindakan kerajaan negeri untuk mengusir mereka adalah tidak berniat jahat.

Tindakan pencerobohan tanah juga tidak terkecuali kepada rumah ibadat.

Pernah berlaku situasi di Ipoh, Perak apabila Surau Al-Karamah di Kampung Sri Keramat, Pasir Puteh perlu dipindahkan.

Bangunan surau itu yang dibina pada tahun 1979 tanpa kebenaran dan tidak didaftarkan sebagai wakaf kerana didirikan di atas tanah hak milik syarikat pemaju.

Tiada sebarang permohonan dibuat sejak kira-kira 40 tahun lalu sehingga tarikh hak milik syarikat pemaju perumahan didaftarkan.

Surau berkenaan kemudiannya dikosongkan dan berpindah ke tapak baharu setelah perbincangan dilakukan walaupun pernah beberapa kali tertangguh.

Pencerobohan rumah ibadat yang dibina di atas tanah pihak lain juga tidak menjadi isu sensitif melainkan jika ia cuba dimanipulasi pihak berkepentingan.-airtimes.my

#semasa #Malaysia #pencerobohan #airtimes

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?