Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
AS anugerah Boeing kontrak hasilkan jet pejuang generasi keenam F-47 – Air Times News Network
Home Teknologi Pertahanan AS anugerah Boeing kontrak hasilkan jet pejuang generasi keenam F-47

AS anugerah Boeing kontrak hasilkan jet pejuang generasi keenam F-47

by M.Daim

WASHINGTON, 22 MAC – Syarikat Boeing secara rasmi telah dianugerahkan kontrak untuk menghasilkan jet pejuang generasi keenam yang dikenali sebagai F-47.

Penganugerahan kontrak itu telah diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

“Kami memahami kepentingan membangunkan jet pejuang generasi keenam bagi menyokong misi U.S. Air Force. Pelaburan terbesar dalam sejarah perniagaan pertahanan kami telah dilakukan bagi memastikan kami bersedia membekalkan pesawat NGAD paling canggih,” kata Steve Parker, Presiden Interim dan Ketua Pegawai Eksekutif Boeing Defense, Space & Security dalam satu kenyataan rasmi syarikat itu.

Syarikat Boeing mempunyai rekod tersendiri dalam menghasilkan pelbagai pesawat tempur dalam tempoh beberapa dekad. Ini termasuklah seperti P-51 Mustang, F-4 Phantom, F-15 Eagle, F/A-18 Hornet, dan EA-18G Growler.

F-47 merupakan antara calon dalam program Next-Generation Air Dominance (NGAD) yang diperkenalkan oleh Boeing. Sebelum ini, perolehan jet pejuang baharu dilihat didominasi oleh Lockheed Martin yang terpilih untuk menghasilkan F-22 Raptor dan F-35.

Kerahsiaan ketat

Dalam pengumuman penganugerahan kontrak, Donald Trump menegaskan pihaknya tidak akan menyatakan nilai dan harga pesawat demi kerahsiaan.

“Kami akan memastikan Amerika Syarikat terus mendominasi ruang udara. Kami telah membuat tempahan dalam jumlah yang besar,

“Kami tidak dapat memberitahu nilai harga kerana ia akan mendedahkan dan memberi petunjuk mengenai teknologi yang digunakan serta saiz pesawat ini ,” kata Donald Trump di White House semasa mengumumkan kontrak pada Jumaat.

Sementara itu, Ketua Staf Tentera Udara Amerika Syarikat (U.S. Air Force, USAF), Jeneral David Allvin menyatakan F-47 melangkaui konsep tradisional dengan kemampuan luar biasa untuk mengatasi musuh, beroperasi dalam persekitaran berisiko tinggi, dan mengekalkan keunggulan udara.

Lakaran jet pejuang F-47. Pada ketika ini, tiada data teknikal yang berkaitan jet pejuang generasi ke-6 USAF didedahkan kepada umum atas sebab kerahsian. Foto: USAF

“Dengan F-47, kita tidak sekadar membina sebuah jet pejuang baharu – kita sedang membentuk masa depan peperangan udara, menghantar mesej jelas kepada musuh bahawa dominasi udara kekal milik Amerika Syarikat,” ujar Allvin.

Kemajuan pembangunan F-47 melibatkan ujian intensif menggunakan pesawat eksperimental X-plane sepanjang  5 tahun yang lalu. Pesawat ini menjalani ratusan jam penerbangan untuk menguji konsep, memastikan kematangan teknologi sebelum diintegrasikan ke dalam F-47. Hasilnya, F-47 mencapai tahap keupayaan matang yang jarang berlaku pada fasa awal pembangunan.

Walaupun banyak butiran teknikal dan program pesawat ini kekal sulit atas faktor keselamatan dan undang-undang eksport Amerika Syarikat, pihak USAF menegaskan bahawa F-47 adalah pesawat generasi keenam pertama di dunia yang mampu beroperasi dalam situasi tempur paling mencabar.

Keupayaan dan Fleksibiliti Terunggul

 

F-47 dijangka lebih kos efektif berbanding F-22 dan lebih mudah disesuaikan dengan ancaman masa depan. Jet ini juga memiliki jarak operasi lebih jauh, ciri stealth lebih maju, serta kadar ketersediaan dan daya sokongan yang lebih tinggi.

Selain itu, jet pejuang ini direka dengan falsafah “built to adapt” yang mengurangkan keperluan tenaga kerja dan infrastruktur.

Jeneral Allvin turut menekankan menyatakan F-47 ini dijangka memperkukuhkan kedudukan global Amerika Syarikat, mengekalkan musuh dalam keadaan tidak bersedia, dan memastikan keselamatan ruang udara negara.

“Apabila musuh memandang ke langit, mereka hanya akan melihat kekalahan yang pasti menanti mereka. ‘Airpower, Anytime, Anywhere’ bukan sekadar aspirasi – ia adalah janji yang akan dipenuhi dengan kehadiran F-47,” tambah Allvin. – airtimes.my

#airtimes #F47 #USAF #Boeing #NGAD

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?