Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kebakaran lapangan terbang Heathrow: Lebih 1300 penerbangan terjejas, termasuk dari Malaysia – Air Times News Network
Home SemasaGlobal Kebakaran lapangan terbang Heathrow: Lebih 1300 penerbangan terjejas, termasuk dari Malaysia

Kebakaran lapangan terbang Heathrow: Lebih 1300 penerbangan terjejas, termasuk dari Malaysia

by Aqilah Azman

Laman web pengesanan penerbangan online FlightRadar24 pada hari ini, menyatakan, sebanyak lebih 1300 jumlah penerbangan keluar dan masuk di lapangan terbang Heathrow, di United Kingdom telah dibatalkan susulan berlakunya kebakaran di sebuah stesen janakuasa elektrik yang membekalkan tenaga.

Selain penerbangan dari negara – negara lain,  Malaysia turut tidak terkecuali terkesan, di mana empat penerbangan Malaysia Airlines ke London terjejas untuk meneruskan penerbangan ke Heathrow.

Menurut makluman dari Malaysia Aviation Group, penerbangan pesawat MH2 yang membawa seramai 246 penumpang dan 17 anak kapal berlepas dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) pada 11.37 malam semalam, selamat mendarat pada 6.19 pagi setelah membuat lencongan ke lapangan terbang Antarabangsa Schiphol Amsterdam di Belanda.

“Penumpang ditempatkan di hotel berhampiran lapangan terbang dan sebahagian daripada mereka telah dipindahkan ke penerbangan lain,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, penerbangan MH4 yang berlepas sekitar 9.30 pagi hari ini, membuat pusingan semula ke KLIA dan tiba pada 3.30 petang. Selsain itu, turut menjejaskan dua buah pesawat lagi iaitu MH1 dan MH3 yang dijadualkan berlepas dari Heathrow.

Oleh itu, MAG meluahkan rasa kesal atas kesulitan gangguan terhadap rancangan perjalanan penumpang, demi mengutamakan keselamatan penumpang agar kekal terjamin.

Menurut laporan lagi, kebakaran itu telah menyebabkan bekalan elektrik terputus dengan ketara dan menjejaskan operasi yang agak teruk.

Justeru,  sebanyak 10 jentera bersama 70 anggota bomba berada di tempat kejadian, manakala 150 orang telah dipindahkan dari kawasan berdekatan.

Akibat daripada insiden itu, pihak pengurusan Heathrow memaklumkan dalam satu kenyataan di platform X, penutupan lapangan terbang Heathrow akan bermula dikuat kuasakan selama 24 jam sehingga 11.59 malam (waktu tempatan) pada 21 Mac 2025 dan tiada sebarang perjalanan dijalankan.

Hal ini demikian, bagi memastikan keselamatan penumpang dan kakitangan, bahkan penumpang turut dinasihatkan untuk tidak hadir ke lapangan terbang tersebut sehingga operasi disambung semula, selain hanya perlu menghubungi terus ke syarikat penerbangan bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Heathrow merupakan antara lapangan terbang paling sibuk di dunia dalam mengendalikan berjuta-juta penumpang pada setiap tahun dan pihak pengurusan lapangan terbang Heathrow turut memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.

Dalam satu rakaman video di terminal tersebut juga menunjukkan kedai-kedai tidak beroperasi dan koridor lengang, hanya diterangi oleh lampu kecemasan.-airtimes.my

#AirTimes #HeathrowAirport #MAG #KLIA #Malaysia #London

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?