Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Malaysia Aviation Group umum beli 30 Boeing 737 MAX, pilihan perolehan tambahan 30 pesawat – Air Times News Network
Home Semasa Malaysia Aviation Group umum beli 30 Boeing 737 MAX, pilihan perolehan tambahan 30 pesawat

Malaysia Aviation Group umum beli 30 Boeing 737 MAX, pilihan perolehan tambahan 30 pesawat

by Suraya Aziz

KUALA LUMPUR, 21 MAC – Malaysia Aviation Group (MAG) hari ini mengumumkan perolehan 30 pesawat Boeing 737 baharu dalam usaha memodenkan armadanya agar tidak ketinggalan.

Tempahan ini merangkumi 18 pesawat Boeing 737-8 dan 12 pesawat Boeing 737-10 yang dikuasakan oleh enjin CFM International LEAP-1B.

Selain itu, terdapat rancangan untuk memperoleh tambahan 30 lagi pesawat 737 pada masa hadapan.

Pengarah Urusan Kumpulan MAG, Datuk Kapten Izham Ismail berkata, pemilihan dua varian tersebut adalah hasil penilaian menyeluruh terhadap strategi pemodenan armada syarikat.

“Pemilihan pesawat 737-8 dan 737-10 mencerminkan penilaian teliti terhadap strategi pertumbuhan jangka panjang MAG dan memastikan MAG memiliki pesawat yang sesuai untuk memenuhi permintaan pasaran yang semakin berkembang,

“Pesawat generasi baharu ini menawarkan kecekapan bahan api yang lebih baik, jarak penerbangan yang lebih jauh, dan keselesaan penumpang yang dipertingkatkan,” ujarnya pada Jumaat.

Beliau berkata, perolehan baharu bagi 30 pesawat ini akan mula dihantar secara berperingkat antara tahun 2029 hingga 2030, namun tidak mendedahkan jumlah kos pembelian tersebut.

Mengulas lanjut, dengan tambahan pesawat baharu ini, MAG akan secara berperingkat menggantikan pesawat Boeing 737-800 generasi lama yang dioperasikan oleh Malaysia Airlines Berhad (MAB) dengan 55 pesawat Boeing 737-8 dan Boeing 737-10 menjelang tahun 2030.

“Boeing 737 telah menjadi tulang belakang armada kami sejak tahun 1969, bermula dengan pengenalan pesawat 737-100 semasa era Malaysia-Singapore Airlines,

“Pelaburan ini bagi memastikan masa depan MAG tetap kukuh serta menjamin armada yang berdaya saing, fleksibel dan bersedia untuk pertumbuhan mampan pada masa hadapan,” tambahnya.

Selain itu, MAG juga mempunyai pesanan sedia ada untuk 25 pesawat Boeing 737-8 melalui perjanjian pajakan jangka panjang bersama Air Lease Corporation.

Setakat ini, 11 daripadanya telah diterima, manakala selebihnya dijadualkan tiba menjelang tahun 2027.

Untuk rekod, ketika ini, MAG mengendalikan 113 pesawat dalam sistemnya, termasuk 42 pesawat Boeing 737-800 di bawah Malaysia Airlines dan 5 pesawat di bawah Firefly. – airtimes.my

#MAG #Boeing737 #Malaysia #AirTimes #Pesawat #PerolehanAset

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?