if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa Hari Wilayah 2025: Dr Zaliha, Fahmi Fadzil kini bergelar Datuk

Hari Wilayah 2025: Dr Zaliha, Fahmi Fadzil kini bergelar Datuk

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 7 Mac – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, antara 32 individu yang dianugerahkan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan bagi tahun 2025

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat berkenaan kepada semua penerima di Balairung Seri, Istana Negara, hari ini.

Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, turut berangkat ke istiadat berkenaan.

Dr Zaliha dan Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Datuk Noridah Abdul Rahim mendahului senarai penerima masing-masing dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan Darjah Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W) yang membawa gelaran Datuk kepada sembilan penerima antaranya Fahmi Fadzil, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Azman Adnan; Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Hayatul Akmal Abdul Aziz dan Penasihat Undang-Undang Istana Negara, Datuk Zulharry Abdul Rashid.

Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan Darjah Johan Mahkota Wilayah (J.M.W) kepada enam penerima, Kesatria Mahkota Wilayah (K.M.W) kepada lima penerima, Ahli Mahkota Wilayah (A.M.W) kepada empat penerima dan Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (P.P.W) kepada 6 penerima.-airtimes.my

#semasa #airtimes #Malaysia #HariWilayahPersekutuan #Fadzil

Related Articles

Leave a Reply