if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Pertahanan dan Keselamatan Nasib anak veteran ATM hilang upaya terus dibela

Nasib anak veteran ATM hilang upaya terus dibela

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 2 Mac – Nasib anak veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang kehilangan upaya akibat kecederaan semasa bertugas akan terus dibela kerajaan terutama membabitkan aspek pendidikan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, berkata kerajaan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) prihatin terhadap situasi veteran yang tidak lagi mampu bekerja dan menghadapi kesukaran menyara keluarga, terutamanya untuk menampung kos pendidikan anak-anak di peringkat tinggi.

“Kerajaan amat menghargai jasa dan pengorbanan veteran ATM. Justeru, Kementerian Pertahanan melalui JHEV telah menambah baik beberapa faedah, termasuk melibatkan pendidikan anak-anak veteran,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Menurutnya, julat Elaun Pelajaran Anak-Anak Penerima Pencen Hilang Upaya telah dinaikkan secara signifikan daripada RM200 hingga RM685 setahun kepada RM1,600 hingga RM5,400 setahun, bergantung kepada tahap pendidikan.

“Peningkatan ini mencatatkan lonjakan antara 700 hingga 800 peratus daripada kadar sebelum ini. Ini membuktikan komitmen kerajaan untuk memastikan pendidikan anak-anak veteran tidak terabai,” ujarnya lagi.

Adly berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penyampaian Ganjaran Hilang Upaya (GHU) Veteran ATM Kedah, semalam.

Pada majlis tersebut, seramai 34 veteran ATM yang mengalami kecederaan semasa operasi atau latihan berisiko tinggi menerima faedah GHU, manakala lapan penerima terdiri daripada anak veteran menerima sumbangan komputer riba.

Mengulas lanjut, beliau menyatakan bahawa pemberian GHU kepada lebih 1,800 veteran ATM, yang sepatutnya selesai sebelum Ramadan, kini dijangka diselesaikan sebelum Aidilfitri berikutan beberapa kekangan, terutamanya melibatkan Sabah dan Sarawak.-airtimes.my

#pertahanan #veteranATM #elaun #kebajikan #anak #airtimes

Related Articles

Leave a Reply