Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tentera Darat nafi kurang baju loreng, anggap dakwaan bermotifkan kepentingan – Air Times News Network
Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat nafi kurang baju loreng, anggap dakwaan bermotifkan kepentingan

Tentera Darat nafi kurang baju loreng, anggap dakwaan bermotifkan kepentingan

by Suraya Aziz

KUALA LUMPUR, 1 MAC – Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri  Muhammad Hafizuddeain Jantan menegaskan bahawa dakwaan kononnya Tentera Darat Malaysia (TDM) menghadapi kekurangan pakaian celoreng adalah tuduhan rambang.

Menurutnya, kenyataan sedemikian lebih kepada spekulasi yang sengaja dimainkan oleh pihak tertentu yang mempunyai kepentingan peribadi untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap TDM.

“Saya bersama panglima-panglima Pemerintahan Medan dan Timur sentiasa membuat semakan untuk memastikan dari hujung rambut ke hujung kaki (head to toe) anggota kita terjamin. Mereka tidak perlu risau tentang kekurangan pakaian atau celoreng,

“Jadi saya rasa ini cuma dakwaan rambang oleh setengah pihak yang cuba nak timbulkan spekulasi benda-benda macam ini. Memang tak betul,” katanya.

Ujar beliau, perancangan bekalan pakaian untuk anggota telah dibuat dengan teliti dan isu kekurangan celoreng tidak seharusnya timbul.

Mengulas lanjut, Muhammad Hafizuddeain turut menepis tanggapan bahawa pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan menjejaskan bekalan pakaian anggota tetap ATM.

“Sebenarnya ini adalah satu persepsi setengah pihak yang mungkin mereka tak faham. Mereka rasa apabila kita akan laksanakan PLKN nanti, ia akan ambil peruntukan yang telah disediakan untuk anggota. Sedangkan sebenarnya, kontrak celoreng Tentera Darat ini memang sedia ada walaupun kontrak itu dijangka tamat pada Julai 2025,

“Kalau ikut kepada jumlah pakaian yang perlu disiapkan untuk anggota Tentera (sebelum kontrak tamat) mencukupilah berdasarkan pada kontrak tersebut. Jadi, tidak wujud dakwaan mengatakan pakaian anggota tentera sendiri dan angkatan tetap tidak cukup,” tegasnya.

Selain itu, bagi keperluan tambahan seperti persiapan PLKN, Tentera Darat Malaysia (TDM) akan menjalankan perolehan secara sebut harga mengikut keperluan semasa, tanpa menjejaskan bekalan sedia ada untuk anggota tetap ATM.

Kenyataan ini dibuat sebagai maklum balas terhadap dakwaan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz pada 13 Februari lalu, yang mendakwa terdapat anggota ATM menghadapi kesukaran mendapatkan pakaian celoreng no. 5 TDM.

Dalam pendedahannya, Ikmal Hisham mendakwa menerima aduan daripada anggota yang menyatakan bekalan pakaian celoreng adalah terhad dan kurang berkualiti untuk operasi hutan. -airtimes

#PTD #Bajuceloreng #ATM #TenteraDarat #MINDEF #Airtimes

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?