Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tentera Darat bakal terima 4 buah AW149 menjelang 2027 – Air Times News Network
Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat bakal terima 4 buah AW149 menjelang 2027

Tentera Darat bakal terima 4 buah AW149 menjelang 2027

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 1 Mac – Tentera Darat Malaysia (TDM) akan menerima empat buah helikopter jenis AW149 sebagai sebahagian daripada perolehan helikopter secara pajakan.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata, perolehan ini merupakan sebahagian daripada usaha menutup jurang keupayaan dalam pengangkutan udara yang dihadapi TDM ketika ini.

Menurut beliau, AW149 yang dikategorikan sebagai medium-lift helicopter memiliki spesifikasi ketenteraan yang sesuai untuk pelbagai tugasan, termasuk latihan dan operasi semasa.

“Menerusi perolehan secara pajakan yang dibuat di peringkat persekutuan, Tentera Darat juga terlibat secara langsung,

“Spesifikasinya adalah AW149 Iaitu sebuah pesawat helikopter di dalam spesifikasi Tentera jugalah. Yang boleh dan sesuai untuk gunakan bagi tugas-tugas latihan dan juga operasi yang kita (TDM) laksanakan,” katanya kepada media selepas Perbarisan Hari Tentera Darat ke-92 di Kem Sungai Besi hari ini.

Dengan bertemakan Sinergi Tentera Darat dan Rakyat: Pemangkin Aspirasi Angkatan Masa Hadapan, Perbarisan Hari Tentera Darat ke-92 ini melibatkan dua kontinjen yang terdiri daripada 9 detasmen, merangkumi 38 pegawai dan 878 anggota yang diketuai oleh Pegawai Memerintah Batalion Ke- 5, Rejimen Askar Melayu Diraja (5 RAMD), Leftenan Kolonel Azlan Shah Baharom.

Selain itu, turut terlibat adalah perarakan 7 Panji – Panji  Rejimen daripada kesemua Kor dan Rejimen Tentera Darat Malaysia.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata, pesawat AW149 dikategorikan sebagai medium-lift helicopter memiliki spesifikasi ketenteraan yang sesuai untuk pelbagai tugasan, termasuk latihan dan operasi semasa. Foto: AirTimes/Pasri

Pada bulan Disember tahun lalu, kerajaan secara rasmi telah meterai perjanjian perolehan helikopter secara penswastaan melalui kaedah pajakan aset.

Perolehan secara pajakan melibatkan 28 buah helikopter termasuk 2 buah untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan 12 untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjelaskan pendirian kerajaan bahawa perolehan 28 helikopter bernilai RM16.546 bilion itu adalah wajar.

Mengulas lanjut, Muhammad Hafizuddeain turut memaklumkan bahawa penghantaran helikopter tersebut dijangka berlaku pada tahun 2027.

“Meskipun hanya empat pesawat, kita amat berterima kasih kepada kerajaan kerana sedikit sebanyak ia dapat menutup jurang keupayaan yang kita hadapi sekarang dari segi pengangkutan udara,” tambahnya lagi.

Perolehan ini dijangka meningkatkan kesiapsiagaan operasi dan keupayaan logistik Tentera Darat dalam melaksanakan misi-misi pertahanan dan bantuan kemanusiaan di masa hadapan.-airtimes.my

#pertahanan #TDM #pesawat #perolehan #airtimes

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?