KUALA LUMPUR, 4 FEB – Malaysia bersama-sama negara sepemikiran atau dengan izin ‘Like-Minded Countries’ akan terus memastikan agar Palestin sebuah negara yang merdeka mengikut sempadan yang dipersetejui pada tahun 1967.
Susulan, baru-baru ini Malaysia menyertai dan menyokong resolusi Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam membawa usul bagi mendapatkan pendapat undang-undang daripada International Court of Justice (ICJ), pada 19 Disember 2024 lalu.
Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan berkata, pelbagai usaha dan cara telah diusasahakan, termasuk kelulusan resolusi PBB, namun gagal di peringkat Majlis Keselematan PBB.
“Majlis Keselamatan sentiasa sahaja, anggota tetapnya menggunakan kuasa veto yang mana lima anggota tetap Bangsa-Bangsa Bersatu Majlis Keselamatan menggunakan kuasa veto,” katanya, mereka yang mempunyai kuasa veto khas.
“Bila ini dapat dilakukan, maka Palestin akan ada sebuah negara yang merdeka, ada sempadannya, maka bolehlah tentera pengaman Bangsa-Bangsa Bersatu menghantar tentera pengaman tersebut untuk menjaga sempadan,” tambahnya.
Sementara itu, beliau turut menyarankan agar rakyat Malaysia bermurah hati untuk bersama-sama membantu dalam memberikan sumbangan, sekiranya gencatan senjata kekal dan kemerdekaan negara Palestin dicapai.
Dalam pada itu, Malaysia sebagai core group membuat penyataan resolusi Bangsa-Bangsa Bersatu dan ingin membawa Israel ke muka pengadilan dengan mengemukakan resolusi baru dalam mendapatkan kemerdekaan negara Palestin.
Beliau menyatakan Malaysia merupakan anggota kepada core group iaitu yang diterajukan oleh Norway dan dianggotai oleh Afrika Selatan, Arab Saudi, Guyana, Indonesia, Ireland, Jordan, Mesir, Nabibiya, Palestine, Qatar, Sepanyol dan Slovenia. -airtimes.my
#AirTimes #PBB #Palestin #Israel #Malaysia