Home Pertahanan dan Keselamatan Kes tembak Tanjung Rhu: ‘Nelayan’ Indonesia bertindak agresif, tidak endah amaran – Saifuddin

Kes tembak Tanjung Rhu: ‘Nelayan’ Indonesia bertindak agresif, tidak endah amaran – Saifuddin

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 3 Feb – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bertindak tegas dengan melepaskan tembakan ke arah bot warga Indonesia selepas 3 kali amaran tidak diendahkan dalam insiden yang berlaku di perairan Pulau Carey, minggu lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, anggota APMM yang bertugas menaiki bot kelas Penggalang Tiga ketika itu telah memberi amaran menggunakan pembesar suara kepada bot migran tersebut untuk berhenti, namun tidak dihiraukan.

“Tindakan pertama memberi amaran itu adalah tindakan sangat penting. Ternyata bot (dinaiki migran Indonesia) tidak menghiraukan amaran lalu terus bergerak dan memecut laju,

“Maksudnya bot itu harus dikejar. Berlaku adegan mengejar. Ketika itu juga, berlaku percubaan bot melanggar bot APMM. Percubaan langgar itu secara jelas menyasarkan pada bahagian bot APMM iaitu bot petrol,

“Jika bot enjin petrol dirempuh boleh mengakibatkan letupan. Kerana perbuatan melanggar itulah, maka tembakan amaran dilepaskan ke udara dibuat,

“Tetapi bot itu tidak terhenti, malah terus memecut dan berjaya meloloskan diri,” katanya, pada sidang media di Parlimen hari ini.

Pada 25 Januari lalu, 5 lelaki yang ditembak di perairan Tanjung Rhu, Banting, dilaporkan menyerang pegawai APMM yang sedang melakukan rondaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, bot yang dinaiki suspek telah melanggar bot APMM sebanyak 4 kali sebelum 2 daripada mereka cuba menyerang pegawai penguat kuasa dengan parang.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati seorang lelaki telah meninggal dunia manakala seorang lagi mengalami dalam kecederaan kritikal dan telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah bagi rawatan lanjut.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, pihak polis kini sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes tembakan tersebut.

Siasatan turut merangkumi 6 anggota APMM yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut.-airtimes.my

#keselamatan #airtimes #APMM #Malaysia #Indonesia

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?