Home Semasa Penguasaan Bahasa Melayu antara syarat permohonan kewarganegaraan – Menteri

Penguasaan Bahasa Melayu antara syarat permohonan kewarganegaraan – Menteri

by Aqilah Azman

KUALA LUMPUR, 11 DIS – Penguasaan Bahasa Melayu adalah penting bagi pemohon kewarganegaran bagi memudahkan mereka untuk berintegrasi dengan masyarakat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution dalam penyataan jawapan lisan di Dewan Negara menjelaskan, penguasaan Bahasa Melayu adalah untuk memastikan pemohon memahami nilai-nilai budaya negara, dan menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara dengan berkesan.

Beliau menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Senator Datuk Seri Profesor Emiritus Dr Awang Sariyan yang memohon penjelasan takrifan dan maksud penguasaan Bahasa Melayu kepada pemohon warganegara seperti mana yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 16 dan 19 Perlembagaan Persekutuan merupakan salah satu syarat permohonan kewarganegaraan, menerusi proses pendaftaran mahupun naturalisasi.

“Pelaksanaan Ujian Pengetahuan Bahasa Melayu (UPBM) ini dijalankan secara individu mengikut kategori permohonan kewarganegaraan dan pemohon diberikan tempoh persediaan sebelum ujian tersebut dilaksanakan,” kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution.

Dalam pada itu, Saifuddin Nasution menakrifkan “mempunyai pengetahuan asas dalam bahasa Melayu” dan mempunyai pengetahuan memadai dalam bahasa Melayu” berdasarkan kemampuan pemohon dalam memahami dan berkomunikasi Bahasa Melayu pada tahap yang diperlukan untuk kehidupan seharian di Malaysia.

Perkara 16 Perlembagaan Persekutuan, UPBM hanya melibatkan Komponen Lisan sahaja di mana modul menggunakan Bahasa Melayu asas dan mudah difahami oleh pemohon.

“Pemohon perlu mendapatkan sekurang-kurangnya Tahap 2 bagi komponen ini untuk pertimbangan ke peringkat seterusnya,” katanya.

Manakala, bagi Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan, UPBM merangkumi 3 komponen iaitu Komponen Lisan, Membaca dan Menulis yang memerlukan pemohon

Daripada itu, pemohon perlu mendapatkan sekurang-kurangnya purata markah Tahap 4 untuk dipertimbangan ke peringkat seterusnya.

Justeru, harus mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam Bahasa Melayu serta mampu memahami dan menjawab soalan yang diberikan dengan secara kritis.

Bagaimanapun, inisiatif sendiri dalam mendalami dan menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu perlu ada pada diri pemohon di samping, kedua-dua istilah tersebut digunakan bagi memastikan pemohon dapat berintegrasi dengan masyarakat. -airtimes.my

#AirTimes #JPN #UPBM #Warganegara #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!