Home SemasaGlobal Filipina – Sweden meterai perjanjian, selangkah lagi miliki pesawat Saab Gripen

Filipina – Sweden meterai perjanjian, selangkah lagi miliki pesawat Saab Gripen

by Zaki Salleh

MANILA, 30 MEI –  Usaha Sweden untuk menoktahkan penjualan pesawat tempur

Saab JAS 39 Gripen kepada Filipina hampir menjadi kenyataan apabila kedua-dua negara memeterai perjanjian.

Filipina dan Sweden telah menandatangani perjanjian penting untuk menyokong rancangan perolehan pesawat tempur pelbagai peranan (MRF) Tentera Udara Filipina (PAF).

Menerusi perjanjian ini, ia menyediakan rangka kerja untuk Filipina membeli peralatan pertahanan buatan Sweden.

Kedua-dua negara menandatangani perjanjian itu pada 17 Mei lalu memetik Kedutaan Sweden di Manila dalam laman Facebook rasminya.

Kerjasama logistik itu adalah sebahagian daripada komitmen kedua-dua negara di bawah Memorandum Persefahaman (MOU) susulan satu lagi kerjasama yang ditandatangani pada 3 Jun 2023.

Ia dimeterai pada  luar Dialog Shangri-La di Singapura tahun lepas.

Tawaran Sweden bagi pesawat Saab JAS-39 Gripen untuk program MRF Filipina adalah tepat serta bersesuaian dengan keperluan negara itu.

Difahamkan, keperluan PAF ialah mendapatkan 12 buah pesawat Gripen.  Jika tawaran Saab ini diterima, pakej yang ditawarkan termasuklah pesawat radar amaran awal Eriye.

JAS-39 Gripen merupakan satu daripada dua pesaing untuk projek MRF Filipina dengan jet pejuang lain ialah Lockheed Martin F-16 Viper buatan Amerika Syarikat (AS).

Bagaimana pun, cadangan untuk membeli pesawat F-16 Blok 70/72 bernilai AS$2.4 bilion telah ditolak kerana terlalu mahal.

Dalam pada itu, pihak Pentadbiran Alatan Pertahanan Sweden dalam kenyataan memberitahu, Filipina telah menyatakan minat besar dalam sistem Sweden termasuk pesawat pejuang, sistem arahan dan pesawat amaran awal udara.

Justeru, langkah konkrit dan penting untuk melangkah pada fasa seterusnya dinantikan dalam kerjasama dengan Filipina.

Pintu kini terbuka untuk syarikat pertahanan Sweden mengambil bahagian dalam perolehan bagi pertahanan Filipina.

MoU ini dimeterai menjelang lawatan Menteri Pertahanan Sweden, Pål Jonson ke negara itu minggu depan.

Kedua-dua negara menandatangani perjanjian itu pada 17 Mei lalu . Foto: Kedutaan Sweden di Manila

Ia sebagai sebahagian daripada perubahan tiga negara selama seminggu di Asia-Pasifik.

Pada Ogos tahun lalu, Sweden sekali lagi menawarkan pesawat pejuang Saab JAS 39 Gripen untuk keperluan pemodenan PAF.

Perkara itu menjadi fokus utama semasa pertemuan Duta Sweden ke Manila, Annika Thunborg dengan Setiausaha Jabatan Pertahanan Negara, Gilberto Teodoro Jr. di Camp Aguinaldo, Quezon City.

Sweden sebelum ini telah menyatakan komitmen negara itu untuk terlibat secara langsung dalam program pembangunan pertahanan Filipina.

Ini termasuklah sokongan terhadap usaha Manila melindungi integriti wilayah dan kepentingan wilayah negara dengan lebih berkesan dalam Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE). – airtimes.my

#AirTimes #Saab #Gripen #Filipina

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!