MELAKA, 29 MEI – Rejimen Pertama Artileri DiRaja (Para) telah melaksanakan Latihan Kesiagaan Eks STALLION WING 1 RAD (Para) Siri 2/2024 bagi meningkatkan keupayaan dan kemahiran anggota serta kru di dalam latihan bersama pesawat udara.
Markas 10 Briged (Bgd) Para menjelaskan, latihan yang dilaksanakan di sekitar kawasan Kem Terendak pada dari 14 hingga 23 Mei lalu ini turut memfokuskan aturgerak Bateri Meriam dengan menggunakan platform 𝘈𝘪𝘳 𝘔𝘰𝘣𝘪𝘭𝘪𝘵𝘺.
Menurut 10 Bgd Para, latihan yang berkonsepkan Aturgerak Udara dibahagikan kepada 2 peringkat iaitu Fasa 1: 𝘐𝘯𝘴𝘦𝘳𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘣𝘺 𝘈𝘊/𝘏𝘦𝘭𝘪 – 𝘍𝘢𝘴𝘵 𝘙𝘰𝘱𝘪𝘯𝘨 𝘢𝘯𝘥 𝘜𝘯𝘥𝘦𝘳𝘴𝘭𝘶𝘯𝘨 Meriam 105mm LG 1 MK III dan Fasa 2: Aturgerak Meriam di tempat meriam baharu.
“Latihan kesiagaan ini telah dirangka secara terperinci yang memfokuskan Teknik, Taktik dan Prosedur (TTP) dalam melaksanakan aturgerak meriam menggunakan teknik Anduh Bawah,
“Teknik aturgerak ini diaplikasikan apabila melakukan aturgerak di kawasan yang tiada laluan masuk untuk kenderaan,
“Selain itu, latihan ini juga menitikberatkan 𝘊𝘰𝘮𝘮𝘢𝘯𝘥 𝘢𝘯𝘥 𝘊𝘰𝘯𝘵𝘳𝘰𝘭 (C2) di semua peringkat pemerintah dalam latihan tersebut,” jelas 10 Bgd Para menerusi hantaran di Facebooknya.
Tambah 10 Bgd Para, latihan ini bertepatan dengan keperluan template latihan 10 Bgd (Para) sebagai 𝘙𝘢𝘱𝘪𝘥 𝘋𝘦𝘱𝘭𝘰𝘺𝘮𝘦𝘯𝘵 𝘍𝘰𝘳𝘤𝘦 (RDF) dan seiring dengan Direktif Latihan Panglima 10 Bgd (Para) yang menjuruskan kepada pengekalan kompetensi setiap Paratrooper dalam 𝘊𝘰𝘳𝘦 𝘊𝘰𝘮𝘱𝘦𝘵𝘦𝘯𝘤𝘺 iaitu ‘Berlatih Untuk Berperang’.
Pelaksanaan latihan ini juga secara langsung bertepatan dengan Teras Pertama Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-30 iaitu Sumber Manusia: Cakna Etos Kepahlawan bagi melahirkan warga Tentera Darat yang profesional dan memiliki jati diri yang unggul berlandaskan nilai-nilai murni.-airtimes.my
#TDM #10Bgdpara #airtimes #pertahanan