Home SemasaGlobal Kesatuan Eropah gesa siasatan jenayah perang di hospital Gaza

Kesatuan Eropah gesa siasatan jenayah perang di hospital Gaza

by M.Daim

BRUSSELS, 24 APR – Kesatuan Eropah (EU) hari ini menggesa siasatan bebas dijalankan terhadap penemuan kubur besar-besaran di 2 buah hospital Gaza.

Perkara tersebut dinyatakan oleh jurucakap EU, Peter Stano.

“Kita meminta untuk satu siasatan bebas diadakan terhadap semua dakwaan (dan penemuan),

“Situasi sebegini telah menimbulkan persoalan bahawa mungkin terdapat pelanggaran hak asasi manusia berlaku,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Volker Türk menyuarakan rasa kecewa dan terkejut dengan laporan penemuan kubur besar-besaran di dua buah hospital besar di Gaza.

Kubur terbaharu ditemui di kawasan Hospital Nasser di Khan Yunis. Ia merupakan penemuan baharu selepas petugas penyelamat Palestin dan pemerhati PBB menemui kubur yang sama di Hospital Al Shifa pada awal April.

“Kami merasakan perkara ini perlu dibangkitkan kerana terlalu banyak jenazah ditemui,” kata jurucakap Suruhanjaya Hak Asasi PBB, Ravina Shamdasani.

Menurut beliau, jenazah telah ditanam dan disembunyikan di bawah longgokan sampah. Ravina menambah, kebanyakan mangsa yang ditanam adalah warga tua, wanita dan mangsa yang mengalami kecederaan.

Malah, ada diantaranya mempunyai kesan diikat dan dilucutkan pakaian.

“Ada di antara mereka (mangsa) telah diikat. Ini sudah tentu menunjukkan berlaku pelanggaran hak asasi manusia yang serius,

“Perkara ini perlu disiasat,” katanya. – airtimes.my

#AirTimes #Global #Gaza

Related Articles

Leave a Reply