Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Anggap Rezaudeen sebagai hero, bangga ada kawan berkhidmat untuk negara – Air Times News Network
Home Semasa Anggap Rezaudeen sebagai hero, bangga ada kawan berkhidmat untuk negara

Anggap Rezaudeen sebagai hero, bangga ada kawan berkhidmat untuk negara

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 23 Apr – “Saya selalu anggap arwah sebagai hero kami. Kami sanggat bangga ada kawan dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan berkhidmat untuk negara,” ujar rakan kepada Allahyarham Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin.

Menerusi satu hantaran di laman Facebooknya, Anas Amdan menyifatkan arwah sahabatnya itu sebagai seorang yang sangat mesra dan baik.

“Innalillahwainnailaihirojiun. Mohon rakan-rakan sedekahkan Al-Fatihah buat rakan saya Rezaudeen Kamal dan 9 mangsa lain yang terlibat dalam kemalangan helikopter di Lumut sewaktu sesi latihan,

“Arwah orang yang sangat mesra dan baik. Baru jumpa beliau bulan lepas, tak sangka itulah kali terakhir,” katanya pada Selasa.

Walau bagaimanapun, Anas yakin Allah lebih menyayangi arwah.

“Ya Allah, Ampunilah segala dosa beliau dan tempatkan arwah di kalangan para-para solihin. Al Fatihah buat wira-wira negara kita,

“Salam takziah kepada Alia Amalina dan keluarga semoga tabah dan sabar dengan ujian ini,” ujarnya lagi.

Dalam kejadian pada Selasa, TLDM menegsahkan seramai seramai 10 orang iaitu masing-masing 7 kru Helikopter Operasi Maritim (HOM) TLDM dan 3 kru Fennec TLDM terkorban dalam nahas udara di Pangkalan TLDM Lumut.

Kedua-dua helikopter yang bertembung di udara dan terhempas itu sedang menjalani latihan sempena lintas hormat sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 yang dijadualkan berlangsung hujung minggu ini. -airtimes.my

Anas Amdan rakan kepada Allahyarham Leftenan Komander Wan Rezaudeen memohon rakan-rakan yang lain untuk sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.

#tragedi #TLDM #nahas #pesawat #airtimes #lumut

 

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?