Home Semasa Rizab LTAT diparas negatif: PAC akan panggil semua pihak termasuk Menteri

Rizab LTAT diparas negatif: PAC akan panggil semua pihak termasuk Menteri

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 8 MAC – Menteri Pertahanan antara individu yang akan dipanggil oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bagi memberi penerangan berhubung isu Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Perkara tersebut dinyatakan oleh Pengerusi PAC, Datuk Wira Mas Ermieyati Sulaiman dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, pihaknya mengambil maklum Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2022 yang dibentangkan baru-baru ini. Laporan tersebut telah mendedahkan isu kepincangan penyata  kewangan yang melanda Felda, LTAT, dan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA).

“PAC telah membuat keputusan untuk memanggil LTAT terlebih dahulu,

“PAC amat bimbang dengan kedudukan kewangan LTAT selepas pendedahan bahawa rizab LTAT berbaki negatif sekali gus menimbulkan persoalan kemampuannya membayar dividen kepada pencarum,” katanya dalam kenyataan itu.

Beliau menambah, prosiding bagi Felda dan PR1MA akan dibuat selepas prosiding LTAT.

“Prosiding LTAT ini akan diadakan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri dan PAC akan memanggil semua pihak yang berkaitan LTAT termasuk tiga pengurusan tertinggi LTAT yang meletakkan jawatan iaitu mantan Pengerusi LTAT, mantan Ketua Pegawai Eksekutif LTAT dan mantan Pengarah Kanan Strategik LTAT,

“Jawatankuasa ini juga tidak menolak untuk memanggil Menteri Pertahanan selaku menteri yang bertanggungjawab terhadap LTAT memandangkan isu ini amat kritikal membabitkan 122,935 pencarum sehingga 13 Mac 2023 yang terdiri daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia,” jelas Mas Ermieyati.

Terdahulu, LKAN 2022 mendedahkan rizab LTAT adalah dalam kedudukan negatif selama 3 tahun berturut-turut. – airtimes.my

#AirTimes #Semasa #LTAT #PAC

Related Articles

Leave a Reply