Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Kunjungan kapal perang Korea Selatan tingkat hubungan pertahanan Korea-Malaysia

Kunjungan kapal perang Korea Selatan tingkat hubungan pertahanan Korea-Malaysia

by Bernama

PELABUHAN KLANG, 8 Mac – Kapal pemusnah Korea Selatan Yang Man Choon (DDH-1) berlabuh di Port Klang Cruise Terminal untuk lawatan tiga hari ke negara ini, simbolik dalam memperkukuh kerjasama pertahanan antara keda-dua negara.

Ketibaan kapal pemusnah di Port Klang Cruise Terminal adalah tepat pada masanya dalam konteks inisiatif kerjasama pertahanan yang sedia ada, menurut Duta Besar Korea Selatan ke Malaysia, Yeo Seung Bae.

Duta itu berkata lawatan kapal tentera laut berkenaan menunjukkan komitmen kedua-dua negara untuk meningkatkan hubungan pertahanan dan kerjasama keselamatan maritim.

“Malaysia ialah rakan kongsi penting dalam Strategi Indo-Pasifik Korea Selatan dan Inisiatif Perpaduan Korea-ASEAN (KASI).Usaha bersama kami adalah penting dalam mengekalkan kestabilan dan keselamatan serantau,” katanya.

Yeo berkata demikian kepada Bernama ketika ditemui di sini, pada majlis sambutan yang dihadiri oleh ekspatriat Korea Selatan, pelajar sekolah antarabangsa Korea, kakitangan kedutaan dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), pada Khamis.

Bernama dimaklumkan bahawa kapal yang baru menyelesaikan misi di perairan Teluk Aden itu akan menuju ke Vietnam sebelum pulang ke tanah air.

Pelbagai aktiviti diadakan sehingga 9 Mac, termasuk latihan tentera laut bersama antara Yang Man Choon dan Kapal Diraja (KD) Jebat TLDM dekat Pelabuhan Klang, yang mempamerkan sinergi operasi antara kedua-dua angkatan itu.

Kerjasama ini adalah lanjutan daripada latihan bersama sebelum ini yang diadakan di Kuantan dan menekankan kerjasama keselamatan maritim yang semakin erat. – Bernama

#pertahanan #Malaysia #korea #TLDM #airtimes

Related Articles

Leave a Reply