BEIJING, 6 MAC – China dilaporkan akan pertingkat perbelanjaan pertahanannya pada tahun ini.
Jumlah belanjawan pertahanan negara kuasa besar Asia itu didedahkan dalam satu laporan semasa bermulanya mesyuarat Kongres Rakyat Kebangsaan.
Sebanyak US$231.4 bilion diperuntukkan kepada tentera China untuk tahun 2024.
Selain itu, mesyuarat kongres menyasarkan pembangunan ekonomi sebanyak 5 peratus untuk tempoh yang sama.
Peningkatan belanjawan pertahanan tersebut dilihat sebagai langkah oleh Presiden China, Xi Jinping untuk membentuk kekuatan ketenteraan bertaraf dunia pda tahun 2034.
““Kami akan menyediakan jaminan kewangan yang lebih kukuh dalam usaha untuk memodenkan pertahanan negara dan setiap lapisan pasukan tentera,” kata Perdana Menteri Li Qiang dalam ucapannya kepada kira-kira 3,000 perwakilan Kongres Rakyat Kebangsaan. – airtimes.my
#AirTimes #China #Global