Home Semasa Bom di Iran: Malaysia bantah, kecam sebarang bentuk keganasan – Anwar Ibrahim

Bom di Iran: Malaysia bantah, kecam sebarang bentuk keganasan – Anwar Ibrahim

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 4 Jan – Malaysia mengutuskan takziah kepada Iran dan rakyatnya susulan insiden pengeboman di Wilayah Kerman yang meragut hampir 100 nyawa, semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia mengutuk, mengecam dan membantah sebarang bentuk keganasan ke atas mereka yang tidak berdosa.

“Malaysia turut berdukacita dan bersolidariti. Malaysia juga menggesa agar dalang aksi ganas ini diheret ke muka pengadilan,

“Sudah hampir 3 bulan dunia menyaksikan pembantaian Israel ke atas mereka yang tidak berdosa di Palestin dan yang terbaru di Lubnan dua hari yang lalu,” katanya dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebooknya, hari ini.

Anwar berkata, sempena tahun baharu, Malaysia ingin mengajak dunia untuk bersama-sama membantah budaya ganas dan rakus seterusnya menyelamatkan kemanusiaan sejagat.

Terdahulu, media melaporkan, 2 siri letupan bom berlaku berhampiran makam Qasem Soleimani, jeneral tentera Iran yang terbunuh pada 2020.

Insiden itu dilaporkan berlaku ketika orang ramai berkumpul dalam sebuah majlis berhampiran makam berkenaan bagi memperingati ulang tahun keempat kematian Soleimani. -airtimes.my

#semasa #Malaysia #Iran #airtimes

Related Articles

Leave a Reply